Rabu, 05 Desember 2012

PERANG..??!!! PERANG...!??? !!!.......AWASLAH.... DAN WASPADALAH.... SESAMA NEGARA MUSLIM AKAN PERANG..??!!.... WASPADALAH... HANYA BANGSA DAN MUSLIM2 YANG BODOH YANG MAU DIA ADU DOMBA ...OLEH TANGAN2 TERSEMBUNYI... NATO-AS-ISRAEL DAN YAHUDI..??? ... UMMAT ISLAM HARUS WASPADA...DAN JANGAN MAU DI OBOK2...>>> WASPADA;AH...DAN AWASLAH...!!!! BERSATU DAN BERSILATURAHIMLAH SESAMA MUSLIM....DIMANAPUN DAN TERHADAP SIAPAPUN...!!!...AWASLAH!!! UMAT ISLAM WASPADALAH...!!!>>> .....Perang Turki-Syria dan pembebasan Constantinople????...>>> Kita bakal menyaksikan apa yang telah lama kita jangkakan, iaitu: serangan Turki yang dibantu NATO ke atas Syria untuk menghapuskan rejim Syria sekarang dan menggantikannya dengan, ‘Libyan-style’, dengan apa yang digelar sebagai rejim Islam yang lain...>>...Bagaimana lagi caranya untuk Israel bangkit menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia kecuali dengan melancarkan peperangan yang hebat – terutamanya terhadap jiran-jiran Arab yang mengelilingi negara Zionis? Turki yang pro-NATO dan dengan kerajaan pro-Zionis seolah-olah bertindak bodoh apabila menjadikan kejadian jet pejuangnya ditembak jatuh oleh Syria sebagai alasan bagi mewajarkan pencerobohan tentera Turki ke atas Syria....>>>...Syria telahpun mengambil tindakan berjaga-jaga pada tahap yang tinggi dan menjangkakan campur tangan luar (ala-Libya) bagi menyokong pemberontakan bersenjata tajaan Zionis yang setakat ini gagal untuk mengambil alih negara. Jet pejuang Turki yang memasuki ruang udara Syria tidak boleh mengharapkan, dalam keadaan sedemikian, akan dianggap sebagai penceroboh yang tidak bersalah....>>...Jika Rusia dan China bertindak balas terhadap pencerobohan tentera Turki ke atas Syria dengan membantu negara itu, ia akhirnya akan mencetuskan “Malhama” (perang besar) yang dinubuatkan oleh Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam). Bahawa Malhama akan berlaku begitu besar sehinggakan akan kelihatan Perang Dunia I dan Perang Dunia II tidak lebih hanyalah seumpama sebiji kacang tanah....>>..Kerajaan Turki harus ingat bahawa Nabi (sallalahu ‘alaihi wa sallam) juga menubuatkan bahawa perang “Malhama” ini akan membawa kepada penaklukan Constantinople. Ia tidak seharusnya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedarkan orang Islam Turki bahawa penaklukan Constantinople oleh Sultan Muhammad Fatih pada tahun 1453 tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan nubuat. Umat Islam Turki akan bangkit memberontak terhadap pengkhianatan besar kerajaan pro-Zionis mereka dan bersedia untuk melancarkan perang saudara yang akan memenuhi nubuat..>>...Oleh itu, pencerobohan tentera Turki ke atas Syria akhirnya akan membawa kepada perang saudara Turki dan pembebasan kota Constantinople daripada kawalan berbisa NATO....>>..Memandangkan campur tangan Rusia tidak dapat dielakkan dalam usahanya bagi mempertahankan Syria, pencerobohan tentera Turki itu akan membawa kepada terlaksananya satu lagi nubuat Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam), iaitu: “Bahawa kamu (orang-orang Muslim) akan membuat satu pakatan dengan Rom.”...>>....ARAB SAUDI BER-JAGA2... PASCA SERANGAN YAHUDI KE GAZA DAN KONFLIK SURIAH..??!!... ATAU ADA PERTENTANGAN TERSELUBUNG DALAM KELUARGA KERAJAAN...???!!...>>>....DAN BERSIAP SIAGA...???!! ADA APA....???!!!>> “Jadi terdapat beberapa khabar angin, tetapi agak sukar untuk mencari alasan sebenarnya. Terdapat juga spekulasi bahawa telah tercetus penentangan dan persengketaan ekoran pelantikan secara tergesa-gesa Putera Mahkota baharu iaitu Putera Salman tanpa berunding terlebih dahulu dan merujuk kepada ahli keluarga yang lain, jadi mereka memutuskan untuk menentang pelantikan ini,” tambah Ali. Menurut Ali lagi, keluarga penguasa Arab Saudi kini mendapati diri mereka sangat terpencil yang berpunca daripada wujudnya penguasa yang sudah tua yang tidak dapat memerangi tuntutan rakyat untuk turut serta mengambil bahagian dalam pemerintahan...>>>...“Berkemungkinan peringatan berkenaan akan dikuatkuasakan di seluruh negara itu. Alasan utamanya, terdapat khabar angin mengatakan, bahawa Raja Abdullah sendiri sedang dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan di samping kerana kematian mengejut Putera Mahkota minggu lalu, jadi keluarga penguasa arab Saudi memutuskan adalah yang terbaik untuk menempatkan semua orang pada kesiapsiagaan yang tinggi termasuk tentera udara, laut, darat dan semua polisi dalaman serta pasukan keselamatan di seluruh negara, khususnya di ibu negara, Riyadh. Jadi itu adalah salah satu kemungkinan, ” kata Ali al-Ahmad, pengarah Institute For Gulf Affairs (IGA), Washington ketika diwawancara oleh PressTV, pada 28 Jun 2012...>>...Penaklukan Sultan Muhammad al-Fatih, boleh dikatakan bahawa baginda telah meruntuhkan lambang Dajjal versi Kristian, iaitu Kota Konstantinople. Baginda mengubahnya menjadi sebuah kota dalam wilayah Islam, yang sekarang dikenali sebagai Istanbul. Tetapi menurut hadis Abu Daud, penaklukan kota Konstantinople tanda kemunculan Dajjal. Ia adalah Dajjal akhir zaman, iaitu Dajjal yang mengancam umat Islam dan ajaran Islam. Dajjal yang ditegaskan Rasulullah SAW melalui sabdanya akan muncul di sebelah Timur! Ia tidak lain tidak bukan adalah kebangkitan kuasa laut dunia Kristian yang dimulakan oleh Sepanyol dan Portugal pada akhir abad ke-15, yang bermula dengan penjelajahan angkatan laut Sepanyol dan Portugal untuk menjajah dunia Islam di sebelah Timur. Menyekat dan mengganggu pelayaran perdagangan umat Islam. Dalam misi penjelajahan dan penjajahannya, Sepanyol dan Portugal sangat dipengaruhi semangat perang salib yang memerangi Islam. Sepanyol melupuskan kerajaan Islam Filipina (1565 Masihi), sementara Portugal memansuhkan Ketuanan Melayu Islam ke atas Melaka (1511 Masihi). Itu bukan Dajjal yang sebenar-benarnya, tetapi suatu petanda untuk gerakan Dajjal yang seterusnya. Penjelajahan penjajahan Sepanyol dan Portugal direstui oleh Gereja Katholik di Rome melalui Perjanjian Tordisilla....>>



Perang Turki-Syria dan pembebasan Constantinople



Kita bakal menyaksikan apa yang telah lama kita jangkakan, iaitu: serangan Turki yang dibantu NATO ke atas Syria untuk menghapuskan rejim Syria sekarang dan menggantikannya dengan,  ‘Libyan-style’, dengan  apa yang digelar sebagai rejim Islam  yang lain
.


Turki-Syria dua negara seagama yang berkongsi sempadan serta sejarah yang sama.

Bagaimana lagi Israel akan boleh mendakwa bahawa ‘kebangkitan Islam’ kini mengancam  keselamatannya, dan bahawa Israel sedang dikelilingi oleh ancaman Islam oleh itu mereka mesti melancarkan ‘pre-emptive war’ bagi meneruskan kelangsungan hidup?

Bagaimana lagi caranya untuk Israel bangkit menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar dunia kecuali dengan melancarkan peperangan yang hebat – terutamanya terhadap jiran-jiran Arab yang mengelilingi negara Zionis?

Turki yang pro-NATO dan dengan kerajaan pro-Zionis seolah-olah bertindak  bodoh apabila menjadikan kejadian jet pejuangnya ditembak jatuh  oleh Syria sebagai alasan bagi mewajarkan pencerobohan tentera Turki ke atas Syria.

Sebenarnya pencerobohan tentera Turki ke atas Syria tiada kena mengena dengan tindakan membalas dendam atas kehilangan jet pejuang dan dua juruterbangnya. Sebaliknya, matlamat utamanya adalah bagi  perubahan rejim Syria.

Pesawat pejuang Turki jenis F-4, model yang sama yang ditembak jatuh oleh Syria.

Pernah bersahabat baik...Presiden Syria Bashar al-Assad dan Perdana Menteri Turki Rachep Tayyip Erdogan.

Pencerobohan tentera Turki ke atas Syria boleh dianggap sebagai suatu tindakan yang bodoh disebabkan oleh perkara berikut;

(A) Syria telahpun mengambil tindakan  berjaga-jaga pada tahap yang tinggi dan menjangkakan campur tangan luar (ala-Libya) bagi menyokong pemberontakan bersenjata tajaan Zionis yang setakat ini gagal untuk mengambil alih negara. Jet pejuang Turki yang memasuki ruang udara Syria tidak boleh mengharapkan, dalam keadaan sedemikian, akan dianggap sebagai penceroboh yang tidak bersalah.


Turki sudah bersedia melancarkan perang. Kelengkapan tentera Turki sudah dihantar ke sempadannya dengan Syria.

(B) Jika Rusia dan China bertindak balas terhadap pencerobohan tentera Turki ke atas Syria dengan membantu negara itu, ia akhirnya akan mencetuskan “Malhama” (perang besar) yang dinubuatkan oleh Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam). Bahawa Malhama akan berlaku begitu besar sehinggakan akan kelihatan Perang Dunia I dan Perang Dunia II  tidak lebih hanyalah seumpama sebiji kacang tanah.

(C) Kerajaan Turki harus ingat bahawa Nabi (sallalahu ‘alaihi wa sallam) juga menubuatkan bahawa perang “Malhama” ini  akan membawa kepada penaklukan Constantinople. Ia tidak seharusnya tidak mengambil masa yang lama untuk menyedarkan  orang Islam Turki bahawa penaklukan  Constantinople oleh Sultan Muhammad Fatih pada tahun 1453  tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan nubuat. Umat Islam Turki akan bangkit memberontak terhadap pengkhianatan besar kerajaan pro-Zionis mereka dan bersedia untuk melancarkan perang saudara yang akan memenuhi nubuat.

(D) Oleh itu, pencerobohan tentera Turki ke atas  Syria akhirnya akan membawa kepada perang saudara Turki dan pembebasan kota Constantinople daripada kawalan berbisa NATO.

(E) Memandangkan campur tangan Rusia tidak dapat dielakkan dalam usahanya bagi mempertahankan Syria, pencerobohan tentera Turki itu akan membawa kepada terlaksananya satu lagi nubuat Nabi Muhammad (sallalahu ‘alaihi wa sallam), iaitu:
“Bahawa kamu (orang-orang Muslim) akan membuat satu pakatan dengan Rom.”
Rom di dalam al-Quran yang disebut Empayar Byzantine Kristian Timur. Perlu dijelaskan bahawa selepas Constantinople ditawan pada 1453, ibu kota Rom akhirnya telah berpindah ke Moscow.

Kenyataan ini adalah dikeluarkan untuk membimbing umat Islam agar mereka tidak diperdaya oleh Jihad Islam Protestan Zionis, dan oleh propaganda CNN/ al-Jazeera  yang kini akan menghancurkan manusia.
Oleh: Imran Nazar Hosein, Khamis, 8 Syaaban 1433 H / jun 28, 2012.

Arab Saudi mula berjaga-jaga

Negara Arab Saudi

Raja Arab Saudi telah mengeluarkan perintah untuk memperkuatkan tahap keselamatan dan kesiapsiagaan di seluruh negara  terhadap kemungkinan  serangan ‘pengganas’.

Menurut seorang ahli politik Arab Saudi, peringatan tersebut dikeluarkan  disebabkan  keadaan Raja Abdullah yang sedang gering  dan pasca kemangkatan Putera Nayef.


Raja Abdullah diiringi oleh adindanya Putera Salman, semasa majlis pengebumian Putera Nayef.
http://kebunketereh.com/?p=5410#more-5410

“Berkemungkinan  peringatan berkenaan akan dikuatkuasakan di seluruh negara itu. Alasan utamanya, terdapat khabar angin mengatakan, bahawa Raja Abdullah  sendiri sedang dalam keadaan kesihatan yang membimbangkan di samping  kerana kematian mengejut Putera Mahkota minggu lalu, jadi keluarga penguasa arab Saudi  memutuskan adalah yang terbaik untuk menempatkan semua orang pada kesiapsiagaan yang tinggi  termasuk tentera udara, laut, darat dan semua polisi dalaman serta pasukan keselamatan di seluruh negara, khususnya di ibu negara, Riyadh. Jadi itu adalah salah satu kemungkinan, ” kata Ali al-Ahmad, pengarah Institute For Gulf Affairs (IGA), Washington ketika diwawancara oleh  PressTV, pada 28 Jun 2012.

“Kemungkinan lain adalah, lanjut Ali, merupakan rancangan  kerajaan Saudi bagi menghadapi  kemungkinan beberapa serangan tidak terduga oleh al-Qaeda yang bersembunyi di sana setelah melarikan diri dari Yaman.”

“Jadi terdapat beberapa khabar angin, tetapi agak sukar untuk mencari  alasan sebenarnya. Terdapat juga spekulasi bahawa telah tercetus penentangan dan persengketaan ekoran  pelantikan secara tergesa-gesa Putera Mahkota baharu iaitu Putera Salman tanpa berunding terlebih dahulu dan merujuk kepada ahli keluarga yang lain, jadi mereka memutuskan untuk menentang pelantikan ini,” tambah Ali.

Menurut Ali lagi, keluarga penguasa  Arab Saudi  kini mendapati diri mereka sangat terpencil  yang berpunca daripada wujudnya  penguasa yang sudah tua yang tidak dapat memerangi  tuntutan rakyat untuk turut serta mengambil bahagian dalam pemerintahan.
http://arrahmah.com

Dajjal dan Konstantinople

Dajjal ?

Barangkali kita harus mencari bukti yang lebih kuat untuk menyelami kenapa kota Konstantinople menjadi lambang kemunculan Dajjal. Apabila ia berjaya ditakluki oleh umat Islam di bawah arahan seorang sultan terbaik sepanjang sejarah gerakan ketenteraan umat Islam, ia melambangkan kemenangan Islam. Kenapa tidak kekalahan umat Islam di Sepanyol disebut sebagai petanda keluarnya Dajjal.

Untuk merungkai rahsianya, terdapat hadis Nabi SAW yang mengingatkan umatnya supaya membaca surah al-Kahfi agar terselamat daripada fitnah al-Masih Dajjal. Namun jika kita membaca al-Quran surah al-Kahfi dengan khusyuk serta mengetahui makna setiap perkataan dalam surah itu, kita tidak menemui nama al-Masih Dajjal disebut di dalamnya.

Akhirnya pada 29 Mei 1453, Kota Constantinople jatuh ke tangan "sebaik-baik" Raja.


Juga sudah tentu secara harfiah, kita tidak menemui hubung kait dengan kota Konstantinople. Namun jika kita membaca ayat 4 – 5 surah al-Kahfi, maka kita boleh menghubungkaitkan surah al-Kahfi dengan kota Konstantinople. Ayat 4 dan 5 surah al-Kahfi itu maksudnya:
“Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”. (Surah al-Kahfi : ayat 4 – 5)
Ayat ini merujuk kepada kepercayaan Kristian berkenaan Nabi Isa AS yang dipercayai penganut Kristian sebagai ‘Putera Tuhan’.

Dalam kepercayaan Kristian, Tuhan adalah tiga dalam satu, iaitu “Tuhan Bapa, Tuhan Anak dan Roh Kudus“. Kepercayaan bahawa Nabi Isa AS atau “Jesus Christ” sebagai “Son of God” atau “Putera Tuhan” bukan ajaran Nabi Isa AS yang sebenar, tetapi adalah ajaran yang berasal dari Paulus.

Paulus yang dianggap sebagai “Rasul Kristian”, yang menyampaikan ajaran Nabi Isa AS sebenarnya tidak pernah menjadi murid Nabi Isa AS.

Malah Paulus tidak pernah bertemu dengan Nabi Isa AS. Sebaliknya, Paulus pada mulanya adalah musuh kepada Nabi Isa AS yang terlibat dalam penangkapan dan penyiksaan pengikut-pengikut Nabi Isa AS dengan kejam.

Prof. Dr. Ahmad Shalaby melalui buku beliau “Perbandingan Agama-Agama Masehi” memetik pengakuan Paulus sendiri yang mengakui bahawa dia pernah bersikap kejam terhadap para pengikut Nabi Isa AS.

Paulus berkata;
“Saya Yahudi Farisi bin Farisi atas harapan bangkitnya mayat-mayat. Kamu telah dengar dahulu dalam agama Yahudi bahawa saya adalah orang yang menyeksa gereja Tuhan secara melampaui batas dan melebihi teman-teman sebangsa saya kerana saya sangat cemburu mengenai tradisi-tradisi nenek moyang saya”.
Lukas, murid setia Paulus, mendedahkan kekejaman Paulus terhadap para pengikut Nabi Isa as;
“Saul (iaitu panggilan lain terhadap Paulus) rela orang-orang Masihi dibunuh, dia menyerbu gereja, memasuki rumah-rumah dengan menarik lelaki dan perempuan serta di penjarakan dan dia selalu mengancam untuk membunuh murid-murid Tuhan (iaitu para murid Nabi Isa AS)”.
Pada tahun 38 Masihi, ketika Paulus atau Saul dalam perjalanan dari Jerusalem ke Damsyik dan telah hampir dengan Damsyik, kononnya secara tiba-tiba dia melihat cahaya memancar dari langit dan mendengar suara ghaib yang menyerunya;
“Saul! Saul! Kenapa engkau menyiksaku?!”
Paulus lalu bertanya;
“Siapakah engkau?”
Kononnya Paulus mendengar jawapan;
“Akulah Jesus yang kamu seksa”.
Lalu Paulus bertanya;
“Hai Tuhan. Apakah yang akan engkau lakukan?”
Lalu kononnya Paulus mendengar suara berkata;
“Bangunlah dan berpeganglah pada agama Masihi”.
Menurut Lukas;
“Semenjak itulah dia (Paulus) menyebarkan di dalam pergaulan-pergaulannya tentang al-Masih (Nabi Isa AS) bahawa dia anak Tuhan”.
Paulus sendiri mengakui bahawa dia tidak mengajar Injil yang merupakan wahyu Allah kepada Nabi Isa AS, sebaliknya dia mengakui menerima ‘wahyu’ langsung dari Nabi Isa AS yang didakwanya sebagai ‘Anak Tuhan’ atau ‘Son of God’.
Ujar Paulus;
“Saya memberitahu saudara-saudara bahwa Injil yang saya tablighkan itu bukanlah menurut perhintungan manusia sebab saya tidak menerimanya dari manusia dan saya tidak diajar, tetapi adalah ilham secara langsung dari Jesus Christ (Nabi Isa AS)”.
Jadi jelaslah, kepercayaan Kristian bahawa Nabi Isa AS adalah ‘Putera Tuhan’ mula disebarkan oleh Paulus pada tahun 38 Masihi, bukan melalui para murid Nabi Isa AS yang berguru secara langsung dengan Nabi Isa AS.  Sebaliknya Paulus merekacipta akidah baru atas nama Nabi Isa AS, bahawa Nabi Isa AS ialah ‘Putera Tuhan’ yang naik bertakhta ke langit di sebelah Tuhan.

Ajaran yang dimunculkan oleh Paulus atas nama Nabi Isa as itulah yang disebut oleh al-Quran dalam Surah al-Kahfi ayat 4 – 5;
“Dan juga Al-Quran itu member amaran kepada orang-orang yang berkata: ‘Allah mempunyai anak’. (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta”.
Jadi Paulus, warga Rome yang nama Yahudinya pula dikenali sebagai Saul adalah “Anti Christ” atau Dajjal versi Kristian. Namun, apa pula hubungan Paulus dengan Konstantinople?

Jawapannya, kota Konstantinople mendapat nama itu sempena dengan nama pendiri kota itu, iaitu “Constantine the Great”.


Istanbul...dahulunya dikenali sebagai Konstantinople


“Constantine the Great” yang membangunkan Kota Konstantinople dan menamakan kota itu sempena namanya pada tahun 325 Masihi mengisytiharkan ajaran Paulus, bahawa Nabi Isa AS adalah Putera Tuhan sebagai akidah rasmi agama Kristian Empayar Byzantium. Kemudian agama Kristian dari kerajaan Byzantium itu berpecah kepada dua. Satu aliran Ortodoks dan satu lagi adalah Katholik yang berpusat di Rome.

Sejak itu, ajaran tauhid Nabi Isa AS dianggap bida’ah dan diperangi habis-habisan. Kisah penghuni gua yang di ceritakan dalam Surah al-Kahfi adalah kisah pada zaman berlakunya penindasan dan kekejaman terhadap ajaran tauhid Nabi Isa AS, bahawa Allah adalah Tuhan yang Maha Esa, tidak beranak dan tidak diperanakkan.

Pada 325 Masihi, satu mesyuarat diadakan di kota Nicea, di mana seramai 2,048 orang Uskup hadir dengan pendirian masing-masing. Ketika mesyuarat berlangsung, berlaku perdebatan hangat dan kecoh tentang akidah Kristian.

Sebahagian menentang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka merupakan jumlah teramai, iaitu seramai 1 730 orang.

Sedangkan sebahagian lagi berkeras berpegang bahawa Nabi Isa as adalah ‘Putera Tuhan’. Mereka terdiri dari hanya 318 orang Uskup sahaja.

Namun, Constantine the Great telah bersetuju dengan pihak minoriti itu. Ini kerana fahaman bahawa Nabi Isa AS adalah ‘Putera Tuhan’ sesuai dengan kepercayaan Constantine sendiri, yang pada masa itu belum menganut agama Kristian. Sebaliknya dia menganut agama pagan.

Oleh itu, jelaslah bahawa kota Konstantinople adalah lambing ajaran ” Anti-Christ” yang merupakan sebutan Kristian terhadap al-Masih Dajjal.

Penaklukan Sultan Muhammad al-Fatih, boleh dikatakan bahawa baginda telah meruntuhkan lambang Dajjal versi Kristian, iaitu Kota Konstantinople. Baginda mengubahnya menjadi sebuah kota dalam wilayah Islam, yang sekarang dikenali sebagai Istanbul.

Tetapi menurut hadis Abu Daud, penaklukan kota Konstantinople tanda kemunculan Dajjal. Ia adalah Dajjal akhir zaman, iaitu Dajjal yang mengancam umat Islam dan ajaran Islam. Dajjal yang ditegaskan Rasulullah SAW melalui sabdanya akan muncul di sebelah Timur!

Ia tidak lain tidak bukan adalah kebangkitan kuasa laut dunia Kristian yang dimulakan oleh Sepanyol dan Portugal pada akhir abad ke-15, yang bermula dengan penjelajahan angkatan laut Sepanyol dan Portugal untuk menjajah dunia Islam di sebelah Timur. Menyekat dan mengganggu pelayaran perdagangan umat Islam. Dalam misi penjelajahan dan penjajahannya, Sepanyol dan Portugal sangat dipengaruhi semangat perang salib yang memerangi Islam.

Sepanyol melupuskan kerajaan Islam Filipina (1565 Masihi), sementara Portugal memansuhkan Ketuanan Melayu Islam ke atas Melaka (1511 Masihi). Itu bukan Dajjal yang sebenar-benarnya, tetapi suatu petanda untuk gerakan Dajjal yang seterusnya.

Penjelajahan penjajahan Sepanyol dan Portugal direstui oleh Gereja Katholik di Rome melalui Perjanjian Tordisilla.


Kemaraan Dajjal kesan daripada Perjanjian Tordisilla

Ketika Sepanyol dan Portugal hilang kekuasaannya, ia diganti oleh Belanda dan Inggeris, dan Dajjal akhir zaman semakin nyata kelihatan. Dan ia kian nyata sehingga kini, jelas seperti matahari.

Sabda-sabda Rasulullah SAW merupakan kiasan yang bertepatan dengan kenyataan masa kini. Apakah kita ingin menafikan bahawa kita sedang di belenggui Dajjal? Apakah kita perlukan bukti-bukti yang lebih lanjut lagi?
Dicatat oleh Adisarwajagat dalam Return of The King


Tidak ada komentar:

Posting Komentar