Al-Qur’an dan luar angkasa
Keajaiban Saintifik Al-Qur’an | http://diancool.wordpress.com/2007/06/19/keajaiban-al-quran-dgn-melihat-luar-angkasa/ |
|
KEWUJUDAN ALAM SEMESTA
Asal usul alam semesta diterangkan dalam Al-Qur’an dalam ayat berikut;
Dia adalah maha Pencipta langit dan bumi. Surat al-An’aam:101.
Maklumat yang dinyatakan dalam Al-Qur’an ini adalah
satu fakta yang sangat tepat dan selari dengan penemuan sains
kontemporari. Kesimpulan yang dicapai dalam bidang astrofizik hari ini
ialah bahawa alam semesta, bersama-sama dengan dimensi benda dan masa,
telah terhasil melalui satu letupan yang besar yang terjadi ketika
masa-sifar. Fenomena ini yang dikenali sebagai Big Bang membuktikan
bahawa alam semesta telah diciptakan dari ketiadaan sebagai satu produk,
dari satu letupan titik tunggal. Golongan saintifik moden percaya
bahawa Big Bang adalah satu-satunya penerangan paling rasional dan fakta
yang dapat dibuktikan mengenai permulaan dan asal kewujudan alam
semesta.
Sebelum fenomena Big Bang terjadi, tidak terdapat
sebarang benda yang wujud. Dalam keadaan tanpa sebarang kewujudan
kebendaan, tenaga atau masa, dan yang mana hanya dapat diterangkan
secara metafizik, semuanya ini sebenarnya telah diciptakan. Fakta ini,
yang baru diketahui melalui kajian dalam bidang fizik moden, telah
dinyatakan dalam Al-Qur’an 1400 tahun lalu.
PENGEMBANGAN ALAM SEMESTA
Dalam Al-Qur’an yang diwahyukan 1400 tahun lalu,
ketika pengetahuan tentang astronomi masih sedikit, fakta mengenai
pengembangan alam semesta telah diterangkan seperti berikut;
Dan langit itu Kami bina dengan kekuasaan (Kami) dan sesungguhnya Kami benar-benar meluaskannya. (Surah az-Dzariyat;47)
Edwin Hubble |
Perkataan ‘langit’ yang dinyatakan dalam ayat di atas
digunakan dalam banyak tempat dalam Al-Qur’an yang bermaksud ruang
angkasa dan cakerawala. Di sini sekali lagi, perkataan ini digunakan
untuk maksud ini. Dalam perkataan lain, Al-Qur’an mendedahkan hakikat
mengenai proses pengembangan alam semesta. Dan ini merupakan puncak
kesimpulan yang diputuskan oleh dunia sains hari ini.
Sehingga penghujung abad ke 20, pandangan yang paling
masyhur dalam dunia sains ialah bahawa ‘alam semesta mempunyai sifat
konstan (statik) dan telah wujud tanpa keterbatasan masa’. Kajian,
pemerhatian dan pengiraan yang dijalankan melalui seluruh
insfranstruktur teknologi moden, sebenarnya telah menunjukkan bahawa
alam semesta telah wujud dalam masa yang terbatas dan berkembang secara
konstan.
Pada permulaan abad ke 20, seorang ahli fizik Russia
Alexander Friedmann dan ahli kosmologi Belgium George Le’maitre telah
membuat pengiraan secara teori bahawa alam semesta adalah dalam keadaan
pergerakan yang berterusan dan ia sebenarnya berkembang.
Fakta ini juga telah dibuktikan melalui data dari
pemerhatian yang dijalankan pada tahun 1929. Edwin Hubble seorang ahli
astronomi Amerika yang membuat pemerhatian di langit dengan menggunakan
teleskop, mengisytiharkan bahawa bintang-bintang dan galaksi-galaksi
bergerak menjauhi antara satu sama lain secara berterusan. Sebuah alam
semesta di mana semua benda di dalamnya secara konstan bergerak menjauhi
sesama mereka, jelas menggambarkan pengembangan alam semesta itu.
Pemerhatian yang dijalankan dalam tahun berikutnya mengesahkan bahawa
alam semesta adalah berkembang secara berterusan. Fakta ini telah di
jelaskan dalam Al-Qur’an ketika mana hal ini masih belum lagi pernah
diketahui oleh manusia. Ini adalah kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan,
maha Pencipta dan Pemerintah bagi seluruh alam semesta.
PEMISAHAN LANGIT DAN BUMI
|
Sepotong ayat mengenai penciptaan langit dinyatakan sebagai berikut.ayat.
“dan apakah orang-orang kafir itu tidak
melihat bahawasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu
yang padu (satu unit penciptaan), kemudian kami pisahkan antara
keduanya. Dan daripada air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka
mengapakan mereka tiada juga beriman?”. (Surah Al-Anbia: 30)
Kalimah ‘ratq’ diertikan sebagai dijahit yang
bermaksud ‘dikumpul bersama, dicampur’ dalam kamus bahasa arab. Ianya
digunakan untuk merujuk dua intipati yang berbeza yang membina suatu
yang menyeluruh. Frasa ‘Kami membuka jahitan; adalah perkataan fataq
dalam bahasa arab dan menggambarkan bahawa sesuatu yang diwujudkan
dengan membelah bahagian atau memusnahkan struktur ratq. Biji benih yang
tumbuh bertunas dari tanah adalah satu contoh frasa ini.
Sekarang mari kita perhatikan sejenak ayat ini sekali
lagi dengan menyimpan pemahaman ini di dalam minda. Di dalam ayat
tersebut, langit dan bumi pada status pertamanya adalah berbentuk ratq.
Kedua-duanya di pisahkan (fataqa) dengan kemunculan satu dari yang satu
lagi. Apa yang menarik, apabila kita mengingati saat pertama fenomena
Big Bang kita melihat bahawa satu titik tunggal mengandungi semua
material alam semesta.
Dalam perkataan lain, setiap benda termasuk langit dan
bumi yang masih belum diciptakan lagi, juga termasuk di dalam titik
tunggal ini dalam keadaan ratq. Titik ini kemudiannya meletup dalam satu
letupan yang besar, menyebabkan materialnya menjadi fataq dan proses
ini membentuk keseluruhan struktur alam semesta. Apabila kita
membandingkan pernyataan di dalam ayat Al-Qur’an di atas dengan penemuan
saintifik, kita mendapati bahawa kedua-duanya berada dalam keserasian
yang sempurna di antara satu sama lain. Apa yang cukup menarik perhatian
ialah penemuan ini tidak diketahui sehingga abad ke 20.
ORBIT
Ketika menerangkan mengenai bulan dan matahari dalam
Al-Qur’an, ianya ditekankan bersama bahawa setiap satunya mempunyai
laluan orbit tertentu;
Dia yang menjadikan malam dan siang, matahari
dan bulan, setiap mereka berenang di falak (tempat peredarannya). (Surah
al-Anbiya; 33)
Dalam ayat lain dinyatakan juga bahawa matahari sebenarnya bukan objek yang statik tetapi juga mempunyai orbitnya tertentu;
Dan matahari beredar di tempat peredarannya. Demikianlah ketetapan yang maha Perkasa dan maha Mengetahui. (Surah Yaasin;38)
Fakta yang dikemukakan dalam Al-Qur’an ini telah
ditemui melalui pemerhatian astronomi hari ini. Berdasarkan kepada
kiraan pakar-pakar astronomi, matahari bergerak dalam kelajuan yang
besar selaju 720, 000 km sejam mengarah ke bintang Vega dalam satu orbit
tertentu dalam sistem Solar Apex. Ini bererti matahari bergerak sejauh
17,280,000 km sejam secara anggaran. Bersama-sama dengan matahari, dan
semua planet dan satelit yang berada dalam lingkungan sistem graviti
matahari (sistem solar) juga turut bergerak pada jarak yang sama.
Sebagai tambahan, semua bintang dalam alam semesta adalah berada dalam
satu persamaan pergerakan yang telah ditentukan.
Lanjutan hal ini, iaitu alam semesta dipenuhi dengan lintasan dan orbit telah dimaktubkan di dalam Al-Qur’an;
Demi langit yang mempunyai jalan-jalan. (Surah az-Dzariyat;7)
Terdapat lebih kurang 200 bilion galaksi dalam alam
semesta, yang mengandungi hampir 200 billion bintang setiap satu.
Kebanyakan dari bintang-bintang ini mempunyai planet-planet dan
kebanyakan dari planet ini mempunyai satelit. Semua objek-objek langit
ini bergerak menepati orbit-orbit yang telah dicongak. Untuk berapa juta
tahun, semuanya ‘berenang’ melintasi orbit masing-masing dalam
keseimbangan dan susunan yang sempurna bersama-sama dengan yang lain.
Selanjutnya, bilangan komet yang banyak juga bergerak bersama dalam
orbit-orbit yang telah ditentukan untuk mereka.
Orbit-orbit dalam alam semesta bukan sahaja dimiliki
oleh jasad-jasad langit ini, tetapi juga dimiliki oleh galaksi-galaksi
yang bergerak pada kelajuan yang besar dalam orbit-orbit yang telah
ditetapkan. Sewaktu dalam pergerakan, tidak ada satupun objek langit ini
yang memotong orbit atau bertembung dengan objek lain.
Suatu yang pasti, ketika Al-Qur’an di turunkan manusia
tidak mempunyai sebarang teleskop seperti hari ini atau teknologi
pemerhatian yang maju untuk memerhati jutaan kilometer ruang angkasa,
dan juga tanpa pengetahuan fizik atau astronomi yang moden. Dengan hal
ini, ianya suatu yang mustahil ketika itu untuk menentukan secara
saintifik bahawa ruang langit ‘dipenuhi dengan lintasan dan orbit’
seperti yang dinyatakan dalam Al-Qur’an. Bagaimanapun, hal ini secara
jelas diterangkan kepada manusia dalam Al-Qur’an yang diwahyukan ketika
itu -kerana Al-Qur’an sebenarnya adalah kalam Tuhan.
BENTUK SFERA BUMI
“Dia menciptakan langit dan bumi dengan
kebenaran. Dia membungkuskan malam atas siang dan membungkuskan siang
atas malam… (Surah Az-Zumar:5)
Dalam Al-Qur’an, perkataan yang digunakan untuk
menerangkan alam semesta adalah sangat penting. Kalimah arab yang
diertikan sebagai ‘membalut’ dalam ayat di atas adalah ‘takwir’, dan
dalam bahasa inggeris, ia bermakud ‘menjadikan sesuatu membalut sesuatu
yang lain, dililit sebagai satu pakaian yang terhampar. Sebagai contoh,
dalam kamus arab perkataan ini digunakan untuk perbuatan membalut
sesuatu mengelilingi suatu yang lain seperti mana orang yang memakai
serban.
Maklumat yang diertikan di dalam ayat mengenai siang
dan malam yang membalut antara satu sama lain menyatakan maklumat yang
tepat mengenai bentuk dunia. Fenomena ini hanya akan menjadi benar
sekiranya bumi adalah berbentuk bulat. Ini bererti bahawa di dalam
Al-Qur’an, yang diturunkan di abad ke 7, bentuk sfera bumi telah di
disebutkan secara kiasan di dalamnya.
Ianya harus diingat, bagaimanapun, bahawa pemahaman
mengenai astronomi ketika itu melihat dunia secara berbeza. Ketika itu
difikirkan bahawa bumi berbentuk dataran rata dan semua pengiraan
saintifk dan penjelasan berdasarkan kepada kepercayaan ini. Ayat
Al-Qur’an bagaimanapun telah memuatkan maklumat yang baru diketahui
beberapa abad sebelum ini, oleh kerana Al-Qur’an adalah kalam Tuhan,
perkataan yang paling tepat digunakan di dalamnya ketika menerangkan
mengenai alam smesta.
BUMBUNG PROTEKTIF.
Dalam Al-Qur’an, Tuhan menarik perhatian kita kepada ciri-ciri yang sangat mengagumkan di atas langit;
Dan Kami jadikan langit itu sebagai atap
terpelihara sedang mereka berpaling dari segala tanda (kekuasaan Allah)
yang terdapat padanya. (Surah al-Anbiya; 32)
Sifat istimewa langit ini telah dibuktikan melalui kajian saintifik yang dijalankan pada abad ke 20 ini.
Ruang atmosefera yang mengelilingi bumi sebenarnya
menjalankan fungsi yang sangat penting untuk mengekalkan kehidupan untuk
wujud. Ketika memusnahkan meteor-meteor besar dan kecil ketika
mendekati bumi, ia menghalangnya dari jatuh ke dalam bumi dan dari
membahayakan makhluk hidupan.
Sebagai tambahan, atmosfera menapis sinaran yang
datang dari luar angkasa yang sangat membahayakan kepada hidupan. Apa
yang menariknya, atmosfera menelap sinaran yang berguna dan berfaedah-
cahaya nampak, tak nampak dan gelombang radio – untuk menembusinya.
Semua jenis radiasi ini adalah sangat penting kepada kehidupan. Cahaya
nampak, yang sebahagiannya dibenarkan menembusi dalam atmosfera adalah
sangat diperlukan untuk menjalankan proses fotosintesis dalam tumbuhan
yang membantu mengekalkan makhluk hidupan. Kebanyakan sinaran ultra
violet dengan keamatan tinggi yang dipancarkan oleh matahari di telap
keluar oleh lapisan ozon dalam atmosfera dan hanya membataskan -dan yang
paling penting- bahagian kecil dalam spektrom ultra violet untuk
mencecah permukaan bumi.
Fungsi protefktif atmosfera tidak berakhir di sini.
Atmosfera juga melindungi bumi dari kesan pembekuan dari luar angkasa,
dengan suhu lebih kurang -270 darjah centigrade.
Sebenarnya atmosfera tidak bersendirian dalam
menjalankan fungsi perlindungan kepada bumi. Sebagai tambahan kepada
atmosfera, Jalur Allan Velt, lapisan yang dihasilkan oleh medan magnet
bumi, juga berfungsi sebagai perlindungan menentang radiasi yang
merbahaya yang mengancam planet kita. Radiasi merbahaya ini, yang secara
berterusan dipancarkan oleh matahari dan bintang-bintang lain
berpotensi membawa maut kepada makhluk hidupan. Sekiranya Jalur Van
Allan tidak wujud, letupan besar-besaran oleh tenaga yang dipanggil
nyalaan solar (solar flares) yang kerap terjadi di matahari akan
menghancurkan semua kehidupan dalam dunia.
Dr Hugh Ross menyatakan hal ini mengenai kepentingan jalur Van Allen kepada kehidupan;
Sebenarnya, bumi mempunyai kepadatan paling tinggi
berbanding sebarang planet dalam sistem solar kita. Teras besar
nikal-besi ini bertanggungjawab untuk medan magnet gergasi kita. Medan
magnet ini menghasilkan perisai radiasi Van Allen yang melindungi bumi
dari pengeboman radiasi. Sekiranya perisai ini tidak wujud, kehidupan
tidak mungkin berada di bumi. Satu-satunya planet berbatu yang mempunyai
medan magnet ialah Utarid- tetapi kekuatan medannya 100 kali lebih
kecil berbanding medan magnet bumi, bahkan Zuhrah, saudara planet kita,
tidak mempunyai sebarang medan magnet. Perisai radiasi Van Allen adalah
satu rekaan yang unik kepada bumi.
Tenaga yang dipancarkan dari salah satu pembakaran
yang dikesan baru-baru ini telah dikira dan dipastikan adalah bersamaan
dengan 100 juta kali ganda bom atom yang digugurkan di Hiroshima!!. 58
jam selepas letupan ini, jarum kompas magnetik diperhatikan menunjukkan
pergerakan yang luar biasa dan 250 kilometer di atas atmosfera bumi,
suhu jatuh mendadak kepada 2500 darjah selsius.
Ringkasnya, sebuah sistem yang sempurna sedang bekerja
di luar permukaan bumi. Ia mengelilingi dunia kita dan melindunginya
dari ancaman luar. Saintis hanya menyedari hal ini beberapa tahun lalu.
Tetapi Tuhan telah menerangkan kepada kita dalam Al-Qur’an mengenai
atmosfera bumi yang berfungsi sebagai perisai pelindung 14 abad lalu.
PENGITARAN DI ATAS LANGIT.
Ayat ke 11 dalam surah at-Tariq, merujuk kepada fungsi ‘pembalikan’ langit;
Demi langit yang mempunyai (sistem) pengitaran. Surat at-Tariq;11.
Perkataan yang ditafsirkan sebagai ‘kitaran’ dalam penerjemahan Al-Qur’an juga bermaksud ‘menghantar balik’ atau ‘pengembalian’.
Seperti yang diketahui, atmosfera yang mengelilingi
bumi mengandungi beberapa lapisan. Setiap lapisan memberikan tujuan
penting bagi faedah kehidupan. Kajian telah menunjukkan bahawa semua
lapisan ini menjalankan fungsi pemantulan material atau sinaran yang
bergerak ke arahnya keluar semula ke luar angkasa atau turun kembali ke
bumi. Sekarang kita akan meneliiti beberapa contoh fungsi ‘pengitaran’
yang dimainkan oleh lapisan-lapisan yang mengelilingi ruang langit bumi.
Troposfera, setinggi 13 hingga 15 kilometer di atas
permukaan bumi membantu mengkondensasikan wap air yang naik ke udara
dari permukaan bumi sebagai titisan hujan.
Lapisan ozon, pada ketinggian 25 kilometer,
memancarkan semula sinaran merbahaya dan cahaya ultra violet yang datang
dari luar angkasa kembali ke luar.
Lapisan ionosfera memancarkan liputan gelombang radio
dari bumi kembali ke bahagian lain dalam bumi, sama seperti komunikasi
satelit pasif, yang menyebabkan komunikasi tanpa wayar, radio dan siaran
liputan televisyen dapat dilakukan untuk jarak yang lebih jauh.
Lapisan magnetosfera pula berfungsi mengembalikan
zarah radioaktif merbahaya yang dipancarkan oleh matahari dan
bintang-bintang lain kembali semula ke angkasa lepas sebelum sampai ke
bumi.
Fakta mengenai sifat-sifat lapisan-lapisan atmosfera,
yang baru diketahui baru-baru ini telah diumumkan berabad lamanya dalam
Al-Qur’an, sekali lagi menunjukan bahawa Al-Qur’an sebenarnya adalah
kata-kata Maha Suci Allah.
LAPISAN ATMOSFERA
Satu kenyataan telah disebut di dalam Al-Qur’an bahawa alam semesta ini mempunyai 7 lapisan;
Dia-lah Allah yang menjadikan segala yang ada
di bumi untuk kamu dan Dia berkehendak terhadap langit, lalu di
jadikanNya 7 lapisan langit. Dan Dia maha Mengetahui segala sesuatu.
(Surah al-Baqarah; 29)
Maka Dia menjadikannya tujuh langit dalam dua
masa dan Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya. Dan Kami hiasi
langit yang dekat dengan bintang-bintang yang cemerlang dan Kami
memeliharanya dengan sebaik-baiknya. Demikianlah ketentuan yang Maha
Perkasa lagi Maha Mengetahui. (Surah Fusilat; 12)
Perkatan ‘langit-langit’, yang mana banyak di sebut di
dalam ayat Al-Qur’an merujuk kepada langit di atas bumi dan merangkumi
juga seluruh alam semesta. Makna perkataan tersebut bermaksud langit di
bumi ataupun atmosfera yang terdiri daripada 7 lapisan.
Kajian kontemporari mendapati bahawa atmosfera dunia
terdiri daripada pelbagai lapisan yang saling tindih menindih di antara
satu sama lain, tambahan lagi lapisan ini telah digambarkan di dalam
Al-Qur’an secara tepat.
Berdasarkan kajian saintifik yang telah dijalankan, subjek ini digambarkan seperti berikut;
Para saintis telah menemui bahawa atmosfera terdiri
daripada beberapa lapisan, lapisan tersebut berbeza dari sudut fizikal
berdasarkan tekanan atmosefera dan kandungan gas. Lapisan atmosefera
yang paling hampir kepada permukaan bumi di panggil troposfera, yang
mengandungi lebih kurang 90% jumlah jisim atmosfera, manakala lapisan di
atas troposfera dipanggil stratosfera, kemudian diikuti dengan
ozonosfera di mana penyerapan sinaran ultra ungu berlaku, kemudian
diikuti dengan mesosfera, dan termosfera yang terdiri dari sebahagian
gas ionyang dipanggil ionosfera. Bahagian yang paling luar dipanggil
eksosfera yang merentang sejauh 480 km sejauh 960 km.
Jika kita perhatikan bilangan lapisan yang tersebut,
kita akan mendapati atmosfera sebenarnya mempunyai 7 lapisan persis
seperti yang disebutkan dalam Al-Qur’an.
Keajaiban yang penting sekali yang disebut dalam ayat
ini ‘Dia mewahyukan pada tiap-tiap langit urusannya’ di dalam surah
Fusilat ayat ke 12. Di dalam perkataan lain, Tuhan telah menyatakan
bahawa Dia telah menetapkan setiap tingkat langit itu dengan tugas dan
fungsi tertentu. Kebenaran ini telah dilihat di bahagian pertama tadi,
setiap lapisan mempunyai peranan penting untuk kebaikan hidupan semua
manusia dan hidupan di muka bumi ini. Setiap lapisan mempunyai fungsi
yang khusus, bermula dari fungsi pembentukan hujan sehingga kepada
perlindungan daripada ancaman radiasi berbahaya, dan dari memancarkan
gelombang radio sehingga menghalang ancaman meteor yang memusnahkan.
Salah satu dari pelbagai fungsi ini, sebagai contoh, telah dinyatakan dalam sebuah sumber saintifik sebagai berikut;
Atmosfera bumi mempunyai 7 lapisan. Lapisan yang
paling rendah dipanggil troposfera. Hujan, salji dan angin hanya terjadi
di troposfera.
Ini adalah satu penemuan fenomena yang menakjubkan,
yang tidak dapat diperolehi tanpa kemajuan teknologi abad ke 20
sebagaimana yang telah nyata disebut dalam Al-Qur’an 1400 tahun dahulu.
Terkini - Jumat, 16 Nov 2012 13:11 WIB
http://www.analisadaily.com/news/read/2012/11/16/87968/astronom_temukan_galaksi_terjauh_di_alam_semesta/#.UOUy_1JXlkg
Jakarta
(ANTARA News) - Para astronom mencatatkan rekor baru dengan menemukan
galaksi terjauh di alam semesta menggunakan teleskop Hubble dan Spitzer
milik Badan Antariksa Amerika Serikat (NASA).
Galaksi
yang terlihat seperti sebuah gumpalan kecil tersebut menawarkan peluang
untuk mengintip kembali ke masa ketika alam semesta baru tiga persen
dari yang sekarang sudah berusia 13,7 miliar tahun.
Galaksi
baru bernama MACS0647-JD itu diperkirakan terbentuk 420 juta tahun
setelah ledakan besar (big bang), yang menurut teori merupakan awal
pembentukan alam semesta. Cahayanya melakukan perjalanan 11,3 miliar
tahun untuk mencapai Bumi.
The Cluster Lensing
And Supernova Survey with Hubble (CLASH), kelompok internasional yang
dipimpin oleh Marc Postman dari Space Telescope Science Institute di
Baltimore, Amerika Serikat, mengarahkan teleskop kosmik ke kelompok
galaksi raksasa untuk memperoleh gambaran yang lebih besar dari galaksi
yang jauh.
Dalam delapan juta tahun
perjalanannya, cahaya MACS0647-JD berjalan memutar melalui banyak jalan
di sekitar kelompok galaksi sangat besar bernama MACS J0647+7015.
Tim peneliti CLASH bisa mengamati tiga gambaran MACS0647-JD yang diperbesar dengan lensa gravitasi menggunakan teleskop Hubble.
"Tanpa pembesaran, diperlukan usaha sekuat Hercules untuk mengamati galaksi ini," kata Postman di laman resmi NASA.
MACS0647-JD
sangat kecil, hanya seperti pecahan sangat kecil dari Galaksi Bima
Sakti, sehingga kemungkinan berasal dari tahap pertama pembentukan
galaksi yang lebih besar.
Hasil analisis
menunjukkan, galaksi ini lebarnya kurang dari 600 tahun cahaya, lebih
kecil tipe galaksi serupa yang lebarnya sekitar 2.000 tahun cahaya.
Sebagai
perbandingan, Magellan Besar, galaksi kecil yang menemani Bima Sakti,
punya lebar 14.000 tahun cahaya dan Bima Sakti lebarnya 150.000 tahun
cahaya.
"Obyek ini mungkin satu dari banyak
blok bangunan galaksi. Setelah 13 miliar tahun, mungkin ini akan ada
belasan, ratusan dan bahkan ribuan kejadian penggabungan dengan pecahan
galaksi dan galaksi yang lain," kata penulis utama studi, Dan Coe, dari
Space Telescope Science Institute.
Peneliti
mengamati galaksi itu menggunakan 17 filter, dari panjang gelombang
mendekati-ultraviolet sampai mendekati inframerah, menemukan MACS0647-JD
hanya terlihat dari dua filter paling merah.
"Sehingga
bisa jadi MACS0647-JD sangat merah, hanya bersinar pada panjang
gelombang merah, atau galaksi ini sangat jauh dan cahayanya telah
beralih ke panjang gelombang ini, atau merupakan gabungan dari
keduanya," kata Coe.
Hasil studi yang akan
dipublikasikan di The Astrophysical Journal edisi 20 Desember 2012 itu
menyebutkan, akan sulit mengonfirmasi jarak galaksi MACS0647-JD
berdasarkan spektroskopi karena letaknya terlalu jauh bagi teleskop yang
ada sekarang.
Meski demikian Coe yakin letak galaksi ini merupakan yang paling jauh berdasarkan warnanya yang unik.
"Ketiga
lensa galaksi memberikan gambaran yang sangat serupa dan berada dalam
posisi yang diharapkan untuk galaksi terpencil saat melihat perkiraan
dari model lensa terbaik kami pada kelompok ini," katanya.
Galaksi
terjauh ini merupakan galaksi terpencil kedua yang ditemukan dalam
survei CLASH. Awal tahun ini tim CLASH menemukan sebuah galaksi yang ada
saat alam semesta berusia 490 juta tahun.
Terkini - Kamis, 13 Des 2012 19:27 WIB
Florida
(ANTARA News) - Para astronom, dengan menggunakan teleskop ruang angkasa
Hubble, menemukan tujuh galaksi yang terbentuk dalam rentang waktu yang
relatif singkat setelah alam semesta terbentuk, yaitu 13,7 milyar tahun
yang lalu.
Para ilmuwan pada Rabu waktu setempat menyebutnya sebagai "gambaran bayi (tahun-tahun awal) alam semesta".
Gambar-gambar
galaksi yang ditangkap teleskop Hubble bukan merupakan gambaran kondisi
terkini (dalam ukuran waktu Bumi) yang terjadi di galaksi tersebut.
Cahaya
dari gugusan bintang di galaksi itu memerlukan waktu jutaan tahun untuk
sampai di Bumi. Sebagai gambaran, jarak Bumi-Matahari adalah
150.000.000 kilometer, sehingga cahaya Matahari yang dilihat saat ini di
Bumi sebenarnya telah terpancar di Matahari tujuh menit sebelumnya.
Salah
satu dari tujuh galaksi itu adalah yang tertua yang pernah ditemukan,
berasal dari waktu ketika alam semesta hanya berumur 380 juta tahun,
relatif sangat muda jika dibandingkan dengan usia semesta saat ini.
"Galaksi-galaksi
pada masa awal ini adalah bahan-bahan pembangun galaksi yang kita alami
sekarang," kata ilmuwan NASA, John Grunsfeld, kepada wartawan dalam
konferensi pers.
Penemuan galaksi-galaksi yang
berasal dari tahun-tahun awal alam semesta ini terbentuk, dapat membantu
ilmuwan mengetahui apa yang terjadi setelah periode yang disebut
sebagai dark ages.
Dark ages adalah periode
waktu sekitar 200 juta tahun, setelah terjadi Big Bang. Pada waktu itu,
awan-awan hidrogen mulai menyatu karena gaya gravitasi dan kemudian
memanas menyala, memicu terbentuknya generasi awal bintang-bintang.
"Periode
itu adalah momen yang sangat penting dari sejarah alam semesta," kata
astronomer California Institute of Technology, Richard Ellis .
Para
ilmuwan belum menemukan kapan tepatnya "fajar kosmik" itu muncul.
Mereka juga belum mengetahui apakah peristiwa itu tunggal sekaligus
dramatis yang langsung menyebabkan semua galaksi membentuk bintang
ataukah kejadiannya bertahap dalam rentang waktu jutaan tahun.
Penemuan
tujuh galaksi yang terbentuk 350 sampai 600 juta tahun setelah ledakan
Big Bang itu mendukung teori yang mengatakan, galaksi membentuk gugusan
bintang dan elemen-elemen kimiawinya secara bertahap, kata astronom
University of Arizona, Brant Robertson.
Para
astronom itu berencana melanjutkan penelitian tentang tujuh galaksi itu
setelah teleskop ruang angkasa baru setelah Hubble, yang bernama James
Webb, diluncurkan pada 2018.
Penelitian itu dapat diakses di Astrophysical Journal Letters.
(G005/C003)
Alam semesta
Kejadian alam semesta itu digambarkan dalam Al Qur’an adalah seperti ayat berikut:
“Dialah pencipta langit dan bumi.” (Al Qur’an, 6:101)Keterangan yang dinyatakan Al Quran ini bersesuaian penuh dengan perkembangan ilmu pengetahuan hari ini.
Kesimpulan yang didapat
astrofisika hari ini adalah bahwa ke-seluruhan alam semesta, beserta
dimensi materi dan waktu, muncul menjadi ada sebagai hasil daripada
suatu ledakan raksasa yang terjadi dalam sekelip mata.
Peristiwa ini,
yang dikenal dengan “Big Bang”, membentuk keseluruhan alam semesta
sekitar 15 juta tahun yang lalu. Jagat raya tercipta dari suatu
ketiadaan sebagai hasil dari ledakan satu titik tunggal. Kalangan
ilmuwan moden menyetujui bahwa Big Bang merupakan satu-satunya
penjelasan masuk akal dan yang dapat dibuktikan mengenai asal mula alam
semesta dan bagaimana alam semesta muncul menjadi ada.
Sebelum Big Bang, tak ada yang disebut sebagai materi. Dari kondisi
ketiadaan, di mana materi, energi, bahkan waktu belumlah ada, dan yang
hanya mampu diartikan secara metafisik, terciptalah materi, energi, dan
waktu. Fakta ini, yang baru saja ditemukan ahli fisik moden, yang telah
dinyatakan kepada kita dalam Al Qur’an 1.400 tahun lalu.
Sensor sangat peka pada satelit ruang angkasa COBE yang diluncurkan
NASA pada tahun 1992 berhasil menangkap sisa-sisa radiasi ledakan Big
Bang. Penemuan ini merupakan bukti terjadinya peristiwa Big Bang, yang
merupakan penjelasan ilmiah bagi fakta bahwa alam semesta diciptakan
dari ketiadaan.
Keadaan kejadian alam semesta
rohani jasmani jiwa dan raga
untuk menyata keujudan tuhannya
Dialah tuhan yang Maha Esa
Tanah air angin dan apinya
keadaan tenaga alam raga
untuk menyebut nama tuhannya
yang mencipta alam semesta
Tumbuhan haiwan dan manusia
keadaan kehidupan alam jiwa
untuk mengingati sifat tuhannya
yang merahmati alam semesta
Bumi langit bulan dan matahari
keadaan tenaga alam jasmani
untuk menurut perintah Illahi
yang menguasai langit dan bumi
Manusia makhluk paling sempurna
boleh mengimbangi jiwa dan raga
menghayati hidup alam semesta
menyembah tuhan yang Maha Esa
Jika anda suka post ini sila Like, Tweet atau tinggalkan komen. Terima kasih.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar