PERANG
UHUD DI ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW
PERANG UHUD
https://upload.wikimedia.org/wikipedia/ms/3/37/Perang_uhud.png
Penduduk
Makkah (Quraisy) malu besar atas kekalahan mereka di medan perang Badar.
Saudagar saudagarnya tidak ada yang berani lagi pergi berdagang ke Syria, takut
akan ditangkap orang Islam. Kalau keadaan itu berterusan, kota Makkah akan
diserang bahaya kelaparan dan krisis ekonomi. Oleh kerana itu, maka
berundinglah semua pembesar Quraisy untuk mendapatkan keputusan ini.
Diputuskan bahawa semua keuntungan perdagangan di tahun itu akan dipergunakan
untuk membentuk satu angkatan perang yang kuat. Kerana Abu Jahal sudah
meninggal, maka Abu Sufianlah yang diangkat menjadi Panglima Perang, yang akan
memimpin tentera tiga ribu orang jumlahnya. Di antara ketua pasukan mereka yang
ternama ialah Safwan, anak dari Umaiyah bin Khalaf yang telah menyeksa Bilal,
dan 'Ikrirnah anak Abu Jahal. Selain itu, ikut serta pula memimpin tentera, seorang
yang gagah berani, iaitu Khalid Ibnul-Walid. Kaum perempuan dengan dikepalai
oleh Hindun (isteri Abu Sufian), dikerahkan untuk menghibur dan menguatkan
semangat perang bagi tentera yang ramai itu, mereka turut ke medan perang
memukul genderang. Kerana musuh terlalu ramai, maka Nabi berniat akan bertahan
dan menanti musuh dalam kota Madinah. Tetapi suara ramai, berdasarkan siasat
perang menghendaki agar musuh diserang di medan perang. Nabi tunduk kepada
keputusan orang ramai ini, sekalipun dalam hatinya terasa kurang tepat. Dalam
hal yang tiada turun wahyu, Nabi selalu berbincang dengan orang ramai, dan
keputusan mereka pasti dijalankan dengan tawakkal, ertinya berserah kepada
Tuhan. Nabi lalu masuk ke dalam rumah memakai pakaian besinya dan mengambil
pedangnya. Baru Nabi keluar, ramai di antara sahabat yang telah
mengusulkan untuk menyerang tadi, mencabut usul mereka kembali, kerana ternyata
kepada mereka pendirian Nabi semulalah yang benar. Tetapi keputusan itu
rupanya tidak dapat diubah lagi, kerana Nabi berkata: "Tidak, Kalau
seorang Nabi telah memakai baju perangnya, dia tidak akan membukanya kembali
sebelum perang selesai." Tentera Islam hanya berjumlah seribu orang.
Semuanya berjalan kaki, hanya dua orang saja berkuda. Ramai pula di antara
mereka itu orang tua dan anak anak yang di bawah umur. Sebelum matahari
terbenam, mereka bertolak menuju ke bukit Uhud. Sesampainya di pinggir kota
Madinah, tiba tiba enam ratus orang Yahudi, kawan kawan dari Abdullah bin
Ubay, menyatakan hendak turut bertempur bersama sama dengan Nabi. Tapi Nabi
sudah tahu akan maksud mereka yang tidak jujur, maka ditolaknya tawaran itu
dengan berkata: "Cukup banyak pertolongan dari Tuhan."
Kerana
penolakan ini, Abdullah bin Ubay malu, marah, lalu berusaha menakutkan kaum
Muslimin, agar mereka jangan turut berperang; tiga ratus orang kaum Muslimin
dapat dihasut, sehingga kembali pulang ke
Madinah; mereka inilah yang dinamakan
kaum Munafik.
Maka
tinggallah Nabi dengan tujuh ratus orang tentera saja menghadapi musuh yang jumlahnya
empat kali ganda itu. Tanpa diketahui musuh, sampailah kaum Muslimin di bukit
Uhud di waktu dinihari. Segera Nabi mengatur siasat perang. Bukit itu digunakan
sebagai pelindung dari belakang, sedang dari sebelah kiri, dilindungi
oleh bukit Ainain. Lima puluh orang diserahkan Nabi menjaga celah bukit dari
belakang dikepalai oleh Ibnuz-Zubair, dengan perintah bahawa mereka tidak
boleh meninggalkan tempat itu, sekalipun apa juga yang akan terjadi. Tiba tiba
kedengaranlah sorak gemuruh musuh dari bawah lembah.
Mereka sudah melihat akan tentera Islam. Segera mereka
bergerak maju, menyerang dengan formasi berbentuk bulan sabit, dipimpin
oleh Khalid Ibnul-Walid sayap kanannya dan Ikrimah bin Abu Jahal sayap kirinya.
Seorang musuh berunta maju sampai tiga kali menentang tentera Islam. Pada kali
ketiga, maka melompatlah Zubair sebagai harimau ke punggung unta itu. Musuh
tadi dibantingkannya ke tanah, lalu dibedah dadanya oleh Zubair dengan pisau.
Abu Dujanah setelah meminjam pedang Nabi sendiri, lalu menyerbu ke tengah
tengah musuh yang ramai itu. Pertempuran hebat segera berkobar dengan dahsyat.
Arta pemegang panji panji musuh, gugur oleh Hamzah. Sibak yang menggantikan
Arta segera berhadapan dengan Zubair. Setelah Sibak tewas menyusul Jubair bin
Mut'im menghadapi Hamzah, untuk membalas dendam kerana Hamzah telah dapat
menewaskan pamannya di medan perang Badar. Jubair takut berhadapan dengan
Hamzah. Hanya diperintahkan hambanya Wahsyi, bangsa Habsyi, dengan perjanjian
apabila budak ini dapat menewaskan Hamzah dia akan dimerdekakan. Dengan
menyeludup di balik belukar dari belakang Hamzah, dengan memgunakan tombak,
Hamzah dapat ditikamnya sehingga syahid di saat itu juga. Hamzah adalah
pemegang panji panji Islam di kala syahidnya itu. Panji panji itu segera diambil
oleh Mus'ab bin 'Umair. la ini pun tewas di hadapan Nabi sendiri. Ali tampil
menggantikannya. Sebagai kilat Ali dapat menetak leher musuhnya yang memegang
panji panji itu. Pergolakan hebat berkisar di sekitar panji panji musuh yang
sudah rebah ke tanah. Berpuluh puluh musuh tewas di sekitar panji panji itu,
bersama dengan panji panjinya. Barisan musuh mulai kucar kacir.
Melihat
musuh lari tunggang langgang, tentera yang lima puluh orang yang diserahi
menjaga celah bukit itu, lupa kepada kewajibannya. Mereka turut mengejar musuh
yang lari meninggalkan tempat pertahanan mereka, kerana mengharapkan harta
rampasan yang banyak, kepunyaan musuh yang lari itu. Dengan suara yang
keras sampai serak, Ibnuz-Zubair menyuruh mereka kembali, tapi tidak diacuhkannya
samasekali.
Melihat tempat pertahanan yang stratejis itu telah
kosong tentera musuh yang lari dengan dipimpin oleh Khalid Ibnul-Walid itu,
segera mengarah ke tempat pertahanan yang kosong itu. Dengan melalui celah
bukit itu mereka menyerang tentera Islam dari belakang. Ibnuz-Zubair yang
tetap bertahan seorang diri di situ, tewas diinjak oleh kuda kenderaan Khalid
sendiri. Panji panji Quraisy yang sudah rubuh itu berkibar kembali dipegang
oleh seorang perempuan Makkah, 'Umarah binti 'Alkamah namanya. Tentera Islam
menjadi kacau bilau. Sebahagian telah lari pulang ke Madinah, Usman bin 'Affan
sendiri terbawa juga. Para sahabat bergelimpangan ke bumi menemui ajalnya. Anak
panah dan batu tidak putus putus menghujani tentera Islam yang berkumpul
di sekitar Nabi; tiba tiba Nabi dilontar oleh batu, sehingga luka parah dan
patah giginya. Baju besi yang kena batu, pecah dan pecahannya menembus ke
pipi Nabi. Abu Usman mencabut besi itu dari daging Nabi sehingga giginya pun
patah pula. Nabi terjatuh ke sebuah lubang yang agak dalam sehingga
hilang dari pandangan orang ramai. Pasukan Quraisy lalu berteriak mengatakan,
bahawa Muhammad sudah tewas. Ali dan Talhah segera menolong dan mengeluarkan
Nabi dari dalam lubang itu. Umar, Abu Bakar dan Ali pun serentak menyerbu ke tengah
tengah musuh sebagai singa yang lapar layaknya. Maka tinggallah Nabi dilindungi
oleh Abu Dujanah dan Abu Talhah saja. Badan Abu Dujanah penuh luka untuk
menangkis segala serangan yang ditujukan kepada Nabi, sehingga kerana luka dan
keletihan, dia pun meninggal. Seorang perempuan Ansar melihat Nabi tinggal
seorang diri, lalu menyerbu ke muka menikam setiap musuh yang menuju ke arah
Nabi, sehingga perempuan itu pun tewas pula. Perempuan itu Ummu 'Umarah
namanya. Dalam pada itu, suara musuh yang mengatakan Nabi sudah tewas itu,
segera menjalar di medan pertempuran. Mendengar itu, Ali, Umar dan Abu Bakar
bukan main terperanjatnya, sehingga semangat pertempurannya menjadi tergoda
kerananya. Melihat itu Anas bin Nadhir berkata kepada mereka: "Kenapa kamu
kecewa? Kalau betul Nabi sudah wafat, apa gunanya hidup ini bagimu? Ayuh!
Mari kita bunuh musuh seramai mungkin sampai kita syahid pula sebagai
Nabi sendiri!" Sebagai teladan, dia segera melompat menerkam musuh.
Dia rebah penuh dengan luka-luka sehingga tidak dapat dikenal lagi rupanya.
Badan, muka dan jari jarinya putus kena pedang musuh. Hanya saudara
perempuannya saja yang dapat mengenal dia dalam keadaan yang demikian itu. Ali,
Umar dan Abu Bakar menyusul berjuang mati matian menetak musuh dengan pedangnya.
Semangat tentera Islam hidup kembali. Tiba tiba terdengar Ka'ab bin Malik
berteriak mengatakan Nabi masih hidup segar bugar, malah beliau pun
sedang berjuang mati matian. Dari segala penjuru, tentera Islam menyerbu
menyusur ke tempat Nabi berada. Nabi yang sedang terkepung dari segala
penjuru, dapat mereka bela, sehingga terlepas dari bahaya besar. Mereka
lalu merebut kembali celah bukit yang stratejis dikuasai musuh itu.
Dengan direbutnya tempat itu,
musuh dikepung ditengah tengah. Perlawanan musuh dapat
dipatahkan dan akhirnya lari menyusup dilereng bukit Uhud, dimana terjadi
pertempuran maju mundur beberapa hari lamanya. Kerana sudah keletihan dan
banyak korban, mereka lalu pulang ke Makkah kembali. Dalam pertempuran itu,
ummat Islam menderita kerugian yang lebih besar, tujuh puluh orang tewas.
Sedang di pihak musuh hanya dua puluh tiga orang saja yang tewas. Sungguh mahal
harganya strateji yang ditetapkan Nabi kerana dengan melengahkan strateji itu
dan harus membayar dengan tujuh puluh orang korban dan Nabi sendiri pun dapat
luka dan hampir saja menjadi korban. Kerugian besar itu menimbulkan keinsafan
yang lebih dalam kepada tentera Islam, keinsafan bahawa perintah Nabi jangan
sampai dilanggar dan diabaikan. Dengan keinsafan inilah mereka meneruskan
perang mereka di hari hari yang berikutnya, sehingga mendapat kemenangan yang
gilang gemilang. Sehabis perang Uhud itu kekejaman musuh semakin bertambah
juga. Jenazah enazah tentera Islam yang bergelimpangan di medan perang, mereka
koyak koyak dan hinakan. Dengan ramainya korban orang orang Islam dan
sedikitnya korban di pihak mereka, mereka sama sama menyombongkan diri kerana
mengira bahawa tentera Islam akan dapat dibinasakan semuanya. Yahudi Madinah
mulai ingin bersahabat dengan bangsa Quraisy untuk menyerang orang Islam,
melanggar janji yang sudah mereka tandatangani di hadapan Nabi sendiri. Kaum
munafik (yang bergabung dengan orang Islam, kerana takut dan lain alasan, bukan
kerana keinsafan), makin terang terang mengkhianati kaum Islam.
Strategi Nabi Muhammad
Nabi Muhammad s.a.w. telah
menyusun strategi dengan membahagikan tentera kepada tiga pasukan iaitu pasukan
kanan dan kiri berhadapan melawan musuh. Manakala pasukan pemanah seramai
50 orang telah ditempatkan di atas bukit Uhud. Semua tentera pemanah
tidak dibenarkan meninggalkan tempat masing-masing kecuali dengan arahan
baginda sama ada kalah atau menang.
Peperangan
Peta pertempuran, menunjukkan kedudukan dan pergerakan Muslim
dan Musyrikin Pertempuran bermula dengan perang tanding antara kedua pihak yang
dimenangi pihak Muslim. Kedua-dua pasukan tentera kemudian mula
bertempur, dengan tentera Muslim berjaya menggoyahkan tentera musyrik Quraisy. Pasukan pemanah Muslim lalu
turun dari Bukit Uhud
apabila melihat tentera Quraisy lari meninggalkan medan
perang. Mereka berebut-rebut mengambil harta rampasan perang yang ditinggalkan
sehingga mereka lupa larangan Nabi Muhammad supaya tidak meninggalkan Uhud walau apapun yang berlaku.Namun hanya 14
orang pemanah yang beriman sahaja yang tinggal. Apabila melihat tentera Islam
turun dari Bukit Uhud, Khalid bin al-Walid ketua tentera berkuda Quraisy
bertindak balas mengelilingi bukit dan melakukan serang hendap dari arah
belakang. Dalam serangan tersebut, tentera Islam terkepung dan menjadi lemah kemudian
tersebar khabar angin mengatakan Nabi Muhammad s.a.w. telah terbunuh.
Keadaan ini menyebabkan tentera Islam menjadi kucar-kacir. Walau bagaimanapun,
Nabi Muhammad s.a.w. masih selamat dengan dilindungi beberapa orang
sahabat. Dalam keadaan yang sangat genting itu, Ubai bin Khalaf menghampiri
Nabi Muhammad untuk membunuh baginda. Nabi Muhammad sendiri mengambil sebatang
tombak dan terus merejam leher Ubai bin Khalaf lalu membunuhnya. Beliau adalah
satu-satunya orang yang dibunuh oleh Nabi Muhammad s.a.w. sepanjang hayatnya. Beberapa orang sahabat
telah terbunuh ketika bertindak melindungi Nabi Muhammad s.a.w. dengan membuat
perisai, namun baginda mengalami luka pada muka, bibir , kedua-dua lutut , pipi
dan patah giginya ketika terjatuh ke dalam perangkap yang digali oleh Abu
Amar Al Rahab. Selepas pertempuran hebat, kebanyakan tentera Muslim berjaya
berundur ke Uhud di mana mereka berkumpul semula. Menaiki kuda, pasukan Quraisy
gagal mendaki lereng bukit dan kehilangan kelebihan serangan mengejut mereka.
Perang ini berakhir apabila Abu Sufyan membuat keputusan tidak mengejar lanjut
tentera Muslim, mengisytiharkan kemenangan.
Tentera yang terbunuh
Bilangan tentera Islam yang terbunuh dalam
peperangan ini kira-kira 70 orang manakala jumlah tentera Quraisy seramai 23 orang.
Bapa saudara nabi, Saidina Hamzah bin Abdul Muttalib telah mati
terbunuh oleh seorang hamba bernama [Wahsyi]. [Wahsyi]telah membaling lembing
lalu terkena tulang rusuk Saidina Hamzah.Selepas peperangan, Hindun telah
merentap hatinya lalu mengunyahnya kemudian diluahkannya.
Nabi Muhammad berasa amat sedih dan memerintahkan agar
semua yang mati syahid dikebumikan dengan pakaian yang mereka pakai ketika
berperang.
Penghayatan
Setelah
pulang ke Madinah, tentera Muslim mendapat penangan yang hebat apabila diejek
oleh Yahudi dan Munafik Madinah dengan mengatakan yang mereka pasti terselamat
jika tidak bersama berperang. Peristiwa ini memberi pengajaran kepada para
sahabat dan umat Islam seluruhnya kepentingan taat kepada Allah dan Rasul-Nya,
selain ketua yang dilantik.
class=absimg v:shapes="_x0000_i1029">' class=absimg v:shapes="_x0000_i1030">
KISAH RASULULLAH SAW SEMASA PERANG UHUD
http://izzatfirdausphotography.blogspot.co.id/2012/05/kisah-rasulullah-saw-semasa-perang-uhud.html
Peperangan Uhud yang berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga
Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar yang berlaku pada bulan
Ramadhan tahun kedua hijrah,mengapa terjadinya perang Uhud
ni?? sebenarnya,peperangan ini meletus akibat daripada perasaan marah
dan benci para kafir musyrikin terhadap kejayaan tentera Islam ketika
peperangan Badar al-Kubra yang lalu...
Mereka telah menghimpunkan bala tentera seramai 3000 orang untuk menyerang umat Islam. Rasulullah s.a.w telah menerima berita tentang kemaraan tentera kafir musyrikin itu melalui al-Abbas bin Abdul Muttalib(bapa saudara nabi). Baginda pun terus mengadakan satu mesyuarat dan telah memberitahu bahawa sebelum ini baginda telah bermimpi dengan suatu yang baik iaitu:-
-telah menyembelih seekor lembu yang bermaksud beberapa orang sahabat akan gugur syahid..
-mata pedang Rasulullah s.a.w berlubang bermaksud ahli keluarga baginda sendiri ada yang turut gugur syahid..
-Rasulullah s.a.w telah memasukkan tangan ke dalam baju rantai yang kukuh yang bermaksud bahawa Madinah akan terus dapat dipertahankan.
Kisah-kisah Sahabat di Uhud
Kemudian pada hari Jumaat Rasulullah s.a.w telah memberi semangat yang bersungguh-sungguh kepada setiap umat Islam sehingga ucapan itu menyemarakkan lagi semangat jihad dalam sanubari umat Islam.
Rasulullah s.a.w telah mengatur strategi yang terbaik di dalam menghadapi kemaraan musuh.
Kedua-dua tentera ini bertembung dan bertempur dalam satu pertempuran yang hebat dan pada permulaannya tentera Islam telah mencapai kemenangan walau pun Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib iaiatu bapa saudara nabi sendiri yang digelar Asadullah telah gugur syahid terkena panah yang dilontar oleh seorang hamba abdi yang bernama Wasyi bin Harb...
Begitu juga apa yang berlaku kepada Hanzalah bin Abu ‘Amir yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan di mana setelah mendengar panggilan jihad dia terus meninggalkan isteri yang baru dikahwini semata-mata menyahut seruan jihad tersebut...
Dia ditemui telah gugur syahid dan didapati mayatnya basah seperti dimandikan..
Apabila diberitahu Rasullullah s.a.w akan perkara ini lalu baginda memberitahu bahawa mayatnya telah dimandikan oleh para malaikat kerana turunnya dia ke medan jihad dalam keadaan berjunub...
Inilah dia erti pengorbanan dan perjuangan yang ditunjukkan oleh para sahabat dalam memastikan keagungan Islam terus dipertahankan sehingga mereka sanggup mengorbankan atau mengenepikan kepentingan peribadi demi Islam.
Kemenangan peringkat pertama yang dicapai itu hanya sementara sahaja akibat daripada kelalaian tentera pemanah yang meninggalkan tempat mereka apabila tidak tahan sabar melihat para tentera Islam yang lain memungut harta rampasan dan mereka terlalu yakin bahawa tentera Islam telah pun menang...
Sedangkan strategi yang diatur oleh Rasulullah s.a.w yang menempatkan tentera pemanah di atas bukit itu amat tepat dan telah berjaya mematah beberapa serangan daripada tentera musuh sebelum ini...
Akibat daripada tidak patuhnya mereka terhadap perintah Rasulullah s.a.w menyebabkan mereka ditimpa musibah secara segera di mana tentera musuh(yang diketuai Khalid Al-Walid) yang memang menunggu saat untuk menyerang balas kini telah menggunakan peluang yang terbuka ini dengan sebaiknya...
Serangan ini telah menyebabkan berlakunya kacau bilau dan Rasulullah s.a.w sendiri cedera,sehingga patah gigi baginda...
Tentera musyrikin turut menyampaikan berita palsu bahawa Rasulullah s.a.w telah mati dan ini menambahkan lagi kekalutan dalam tentera Islam...
Dalam suasana yang kucar kacir inilah , Ka’ab bin Malik telah terpandang diri Rasulullah sa.w lalu dia melaungkan bahawa Rasulullah s.a.w masih hidup...
Laungan ini menaikkan semula semangat tentera Islam. Selepas itu Rasulullah s.aw telah mengumpul 30 orang para sahabat dan menuju ke suatu teluk di bukit Uhud bagi mengatur tindakan yang baru dalam menghadapi musuh...
dalam keadaan kucar-kacir itu juga,para sahabat amat melindungi Rasulullah dari serangan tentera bukan Islam..
akibat serangan yang kuat dari tentera bukan Islam,baginda jatuh ke dalam lubang..
Nusaibah(pemberi minum kepada para muslimin) ikut menyekat kemaraan musuh dan banyak mengalami kecederaan di bahunya..
melihat hal itu,Abu Dujanah melompat ke dalam lubang untuk melindungi Rasulullah dengan belakangnya..
anak panah yang menghujani lubang Muhammad mengenai belakang Abu Dujanah..
kerana banyaknya anak panah yang melekat dibelakangnya,badannya dilihat seperti belakang landak..
Strategi baru diambil berjaya menghalang kemaraan musuh walau pun cuba dihalang oleh Abu Sufian dan Khalid ibnu Walid dan tentera musyrikin..
Setelah gagal menghancurkan kekuatan tentera Islam lalu tentera musyrikin beralih tumpuan mereka kepada mayat tentera Islam yang telah gugur syahid di mana mereka telah menyincang dan mengelar mayat itu dengan penuh perasaan marah dan benci termasuklah mayat Sayyidina Hamzah bin Abdul Muttalib yang dibelah perutnya oleh Hindun binti’Utbah(isteri Abu Sufyan) untuk mengambil hatinya lalu dikunyah penuh dengan kebenciaan(kerana Hamzah telah menyebabkan kematian ayah,bapa saudara dan abang kandungnya dalam perang Badar), tetapi dia akhirnya tidak berjaya menelannya sebaliknya telah membuangnya semula daripada mulutnya...
tidak cukup dengan itu,dipotongnya juga telinga dan hidung Hamzah.
Antara kejadian yang menarik sepanjang peperangan Uhud ini ialah apabila seorang kafir yang bernama ‘Amru bin Thabit di mana sebelum ini telah diajak kepada Islam tetapi dia enggan. Tiba-tiba dalam peperangan ini dia telah dijumpai dalam keadaan nazak dan apabila ditanya tentang sebab dia turut berperang lalu dia menjawab bahawa dia telah beriman kepada Allah dan rasulNya. Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tetang perkara in lalu bagnda menjawab : Dia masuk Syurga.
Satu lagi peristiwa iaitu yang berlaku kepada Qazman di mana dia berperang dipihak Islam dan berjaya membunuh tujuh atau lapan orang kafir...
Dia dijumpai dalam keadaan luka parah kemudian dibawa pulang kerumahnya. Dia memberitahu bahawa dia berperang kerana mempertahankan kaum bangsanya...
Oleh kerana dia tidak tertahan dengan kesakitan yang dihadapi lalu dia telah membunuh diri...
Apabila Rasulullah s.a. w diberitahu mengenai perkara ini lalu baginda bersabda : Dia masuk neraka.
antara kisah menarik juga adalah kisah Mukhairiq iaitu seorang ulama Yahudi..
pada hari perang,Allah mencampakkan iman ke dalam hati Mukhairiq..
hari itu dia masuk Islam,hari itu juga dia ikut berjihad dan hari itulah jua dia syahid dan mendapat syurga..
Muhammad berkata:"Barangsiapa yang ingin melihat ahli syurga yang tidak pernah sembahyang walaupun sekali,lihatlah kepada orang ini.."
Walau pun pada peringkat kedua dalam peperangan ini tentera Islam tidak berjaya malah seramai 70 orang telah gugur Syahid namun tentera musuh tidak berjaya mara untuk menawan Madinah dan membunuh Rasulullah s.a.w...
setelah berundurnya tentera bukan Islam,tamatlah jua peperangan..
pada masa itu,Rasulullah belum sedar Hamzah syahid sehingga apabila dia tiba ke tempat mayat Hamzah yang sebegitu rupa,baginda menangis teresak-esak..begitu jua para sahabat yang lain..
Rasulullah berkata yang bermaksud,"demi Allah,belum pernah aku lalui dalam hidupku sesedih suasana ini"..
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku dalam peperangan Uhud ini tetapi Allah telah meniupkan semangat ke dalam sanubari umat Islam melalui ayat 104 surah an-Nisa’ : yang bermaksud:
"Jangan kamu merasa hina (hilang semangat) memburu musuh kerana jika kamu merasa sakit mereka juga merasa sakit seperti kamu merasainya sedangkan kamu pula berharap kepaad Allah apa yang mereka tidak harapkan"
menitis air mata mengenangkan indahnya syahid dijalan Allah...
lantas sepantas kilat semangat para syuhada' menerpa disanubari...
menebalkan lagi dan mengentalkan lagi jiwa ini...
setiap kali aku membayangkan bagaimana tubuhku hancur dibolosi peluru-peluru musuh, dikala itu juga menitis air mata kegembiraan...
ya...air mata kegembiraan...
gembira kerana aku dapat merasai indahnya syahid...
membayangkan bagaimana roh tersenyum melihat jasad yang terkulai layu dimedan syahid...
itulah detik-detik kemenangan seorang syuhada'...
biar syahid ataupun kemenangan..
itulah pengakhiran perjuangan ini...

Kisah Perang Uhud
Pengalaman
pahit yang dirasakan oleh kaum Quraisy dalam perang Badar telah
menyisakan luka mendalam nan menyakitkan. Betapa tidak, walaupun jumlah
mereka jauh lebih besar dan perlengkapan perang mereka lebih memadai,
namun ternyata mereka harus menanggung kerugian materi yang tidak
sedikit.
Dan yang lebih menyakitkan mereka adalah hilangnya para tokoh mereka. Rasa sakit ini, ditambah lagi dengan tekad untuk mengembalikan pamor Suku Quraisy yang telah terkoyak dalam Perang Badar, mendorong mereka melakukan aksi balas dendam terhadap kaum Muslimin. Sehingga terjadilah beberapa peperangan setelah Perang Badar. Perang Uhud termasuk di antara peperangan dahsyat yang terjadi akibat api dendam ini. Disebut perang Uhud karena perang ini berkecamuk di dekat gunung Uhud. Sebuah gunung dengan ketinggian 128 meter kala itu, sedangkan sekarang ketinggiannya hanya 121 meter. Bukit ini berada di sebelah utara Madinah dengan jarak 5,5 km dari Masjid Nabawi.
WAKTU KEJADIAN
Para Ahli Sirah sepakat bahwa perang ini terjadi pada bulan Syawwâl tahun ketiga hijrah Rasulullâh Salallahu ‘Alaihi Wassalam ke Madinah. Namun mereka berselisih tentang harinya. Pendapat yang yang paling masyhûr menyebutkan bahwa perang ini terjadi pada hari Sabtu, pertengahan bulan Syawwal.
PENYEBAB PERANG
Di samping perang ini dipicu oleh api dendam sebagaimana disebutkan diawal, ada juga penyebab lain yang tidak kalah pentingnya yaitu misi menyelamatkan jalur bisnis mereka ke Syam dari kaum Muslimin yang dianggap sering mengganggu. Mereka juga berharap bisa memusnahkan kekuatan kaum Muslimin sebelum menjadi sebuah kekuatan yang dikhawatirkan akan mengancam keberadaan Quraisy.
Inilah beberapa motivasi yang melatarbelakangi penyerangan yang dilakukan oleh kaum Quraisy terhadap kaum Muslimin di Madinah.
JUMLAH PASUKAN
Kaum Quraisy sejak dini telah mempersiapkan pasukan mereka. Barang dagangan dan keuntungan yang dihasilkan oleh Abu Sufyân beserta rombongan yang selamat dari sergapan kaum Muslimin dikhususkan untuk bekal pasukan mereka dalam perang Uhud. Untuk menyukseskan misi mereka dalam perang Uhud ini, kaum Quraisy berhasil mengumpulkan 3 ribu pasukan yang terdiri dari kaum Quraisy dan suku-suku yang loyal kepada Quraisy seperti Bani Kinânah dan penduduk Tihâmah. Mereka memiliki 200 pasukan berkuda dan 700 pasukan yang memakai baju besi. Mereka mengangkat Khâlid bin al-Walîd sebagai komandan sayap kanan, sementara sayap kiri di bawah komando Ikrimah bin Abu Jahl.
Mereka juga mengajak beberapa orang wanita untuk membangkitkan semangat pasukan Quraisy dan menjaga mereka supaya tidak melarikan diri. Sebab jika ada yang melarikan diri, dia akan dicela oleh para wanita ini. Tentang jumlah wanita ini, para Ahli Sirah berbeda pendapat. Ibnu Ishâq rahimahullah menyebutkan bahwa jumlah mereka 8 orang, al-Wâqidi rahimahullah menyebutkan 14 orang, sedangkan Ibnu Sa’d rahimahullah menyebutkan 15 wanita.
MIMPI RASÛLULLÂH SHALLALLÂHU ‘ALAIHI WASALLAM
Sebelum peperangan ini berkecamuk, Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam diperlihatkan peristiwa yang akan terjadi dalam perang ini melalui mimpi. Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam menceritakan mimpi ini kepada para Sahabat. Beliau Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam bersabda:
“Saya bermimpi mengayunkan pedang lalu pedang itu patah ujungnya. Itu (isyarat-pent) musibah yang menimpa kaum Muslimin dalam Perang Uhud. Kemudian saya ayunkan lagi pedang itu lalu pedang itu baik lagi, lebih baik dari sebelumnya. Itu (isyarat –pent-) kemenangan yang Allah Ta’ala anugerahkan dan persatuan kaum Muslimin. Dalam mimpi itu saya juga melihat sapi –Dan apa yang Allah lakukan itu adalah yang terbaik- Itu (isyarat) terhadap kaum Muslimin (yang menjadi korban) dalam perang Uhud. Kebaikan adalah kebaikan yang Allah Ta’ala anugerahkan dan balasan kejujuran yang Allah Ta’ala karuniakan setelah perang Badar”.
Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam menakwilkan mimpi Beliau ini dengan kekalahan dan kematian yang akan terjadi dalam Perang Uhud.
Saat mengetahui kedatangan Quraisy untuk menyerbu kaum Muslimin di Madinah, Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam mengajak para Sahabat bermusyawarah untuk mengambil tindakan terbaik. Apakah mereka tetap tinggal di Madinah menunggu dan menyambut musuh di kota Madinah ataukah mereka akan menyongsong musuh di luar Madinah?
Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam cenderung mengajak para Sahabat bertahan di Madinah dan melakukan perang kota, namun sekelompok kaum Anshâr radhiallahu’anhum mengatakan,
“Wahai Nabiyullâh! Sesungguhnya kami benci berperang di jalan kota Madinah. Pada jaman jahiliyah kami telah berusaha menghindari peperangan (dalam kota), maka setelah Islam kita lebih berhak untuk menghindarinya. Cegatlah mereka (di luar Madinah) !”
Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam bersiap untuk berangkat. Beliau mengenakan baju besi dan segala peralatan perang. Setelah menyadari keadaan, para Sahabat saling menyalahkan. Akhirnya, mereka mengatakan:
“Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam menawarkan sesuatu, namun kalian mengajukan yang lain. Wahai Hamzah, temuilah Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam dan katakanlah, “Kami mengikuti pendapatmu””.
Hamzah radhiallahu’anhu pun datang menemui Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam dan mengatakan, ‘Wahai Rasulullâh, sesungguhnya para pengikutmu saling menyalahkan dan akhirnya mengatakan, ‘Kami mengikuti pendapatmu.’ Mendengar ucapan paman beliau ini, Rasulullâh Salallahu ‘Alaihi Wassalam bersabda :
‘Sesungguhnya jika seorang Nabi sudah mengenakan peralatan perangnya, maka dia tidak akan menanggalkannya hingga terjadi peperangan’.
Keputusan musyawarah tersebut adalah menghadang musuh di luar kota Madinah. Ibnu Ishâq rahimahullah dan yang lainnya menyebutkan bahwa ‘Abdullâh ibnu Salûl setuju dengan pendapat Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam untuk tetap bertahan di Madinah. Sementara at-Thabari membawakan riwayat yang berlawanan dengan riwayat Ibnu Ishâq rahimahullah, namun dalam sanad yang kedua ini ada orang yang tertuduh dan sering melakukan kesalahan. Oleh karena itu, al-Bâkiri dalam tesisnya lebih menguatkan riwayat yang dibawakan oleh Ibnu Ishâq rahimahullah.
Para Ulama Ahli Sirah menyebutkan bahwa yang memotivasi para Sahabat untuk menyongsong musuh di luar Madinah yaitu keinginan untuk menunjukkan keberanian mereka di hadapan musuh, juga keinginan untuk turut andil dalam jihad, karena mereka tidak mendapat kesempatan untuk ikut dalam Perang Badar.
Sementara, Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam lebih memilih untuk tetap tinggal dan bertahan di Madinah, karena Beliau ingin memanfaatkan bangunan-bangunan Madinah serta memanfaatkan orang-orang yang tinggal di Madinah.
PELAJARAN DARI KISAH
Kaum Muslimin yang sedang berada di daerah, jika diserbu oleh musuh, maka mereka tidak wajib menyongsong kedatangan musuh. Mereka boleh tetap memilih bertahan di rumah-rumah mereka dan memerangi musuh di sana. Ini jika strategi ini diharapkan lebih mudah untuk mengalahkan musuh. Hal ini sebagaimana yang diisyaratkan oleh Rasûlullâh Shallallâhu ‘Alaihi Wasallam dalam Perang Uhud.
Sumber: (Sirah Nabi: Majalah As-Sunnah Edisi 10/Tahun XIII)
Artikel: www.kisahislam.net

Tidak ada komentar:
Posting Komentar