Apakah Wasiat Yang Ingin Ditulis Nabi (s)?
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ
اللهم صل على محمد وآله الأئمة والمهديين وسلم تسليما كثيراً
Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah
Umum mengetahui bahawa penulisan wasiat
adalah sangat ditekankan oleh Allah swt sehingga disebut sebagai wajib
di dalam Al Quran.
كُتِبَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا حَضَرَ أَحَدَكُمُ
ٱلۡمَوۡتُ إِن تَرَكَ خَيۡرًا ٱلۡوَصِيَّةُ لِلۡوَٲلِدَيۡنِ
وَٱلۡأَقۡرَبِينَ بِٱلۡمَعۡرُوفِۖ حَقًّا عَلَى ٱلۡمُتَّقِينَ
Diwajibkan atas kamu, apabila seorang di
antara kamu kedatangan [tanda-tanda] maut, jika ia meninggalkan
kebaikan, berwasiat untuk ibu-bapa dan karib kerabatnya secara ma’ruf,
[ini adalah] kewajiban atas orang-orang yang bertakwa. (Al Baqarah: 180)
Atas dasar kepentingan ini, maka sudah Nabi s.a.w.a sebagai pendahulu
pengamal Sunnah dan syariat akan melaksanakan tuntutan ini. Di saat
akhir hayat baginda ketika baginda sedang tenat, baginda telah meminta
pena untuk menulis wasiat ini. Kisah ini tercatat di dalam “Peristiwa Hari Khamis” yang diriwayatkan dalam kitab-kitab hadis:
عن ابن عباس قال لما حضر رسول الله صلى الله عليه و سلم وفي البيت رجال
فيهم عمر ابن الخطاب فقال النبي صلى الله عليه و سلم ( هلم أكتب لكم كتابا
لا تضلون بعده ) فقال عمر إن رسول الله صلى الله عليه و سلم قد غلب عليه
الوجع وعندكم القرآن حسبنا كتاب الله فاختلف أهل البيت فاختصموا فمنهم من
يقول قربوا يكتب لكم رسول الله صلى الله عليه و سلم كتابا لن تضلوا بعده
ومنهم من يقول ما قال عمر فلما أكثروا اللغو والاختلاف عند رسول الله صلى
الله عليه و سلم قال رسول الله صلى الله عليه و سلم ( قوموا ) قال عبيدالله
فكان ابن عباس يقول إن الرزية كل الرزية ما حال بين رسول الله صلى الله
عليه و سلم وبين أن يكتب لهم ذلك الكتاب من اختلافهم ولغطهم
Dari Ibnu Abbas yang berkata “Ketika ajal Rasulullah shalallahu ‘alaihi
wa sallam sudah hampir tiba dan di dalam rumah beliau ada beberapa orang
diantara mereka adalah Umar bin Khattab. Nabi shalallahu ‘alaihi wa
sallam bersabda “berikan kepadaku, aku akan menuliskan untuk kalian
wasiat, agar kalian tidak sesat setelahnya”. Kemudian Umar berkata
“sesungguhnya Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa sallam dikuasai sakitnya
dan di sisi kalian ada Al-Qur’an, cukuplah untuk kita Kitabullah”
kemudian orang-orang di dalam rumah berselisih pendapat. Sebagian dari
mereka berkata, “berikan apa yang dipinta Nabi shalallahu ‘alaihi wa
sallam Agar beliau menuliskan bagi kamu sesuatu yang menghindarkan kamu
dari kesesatan”. Sebagian lainnya mengatakan sama seperti ucapan Umar.
Dan ketika keributan dan pertengkaran makin bertambah di hadapan Nabi
shalallahu ‘alaihi wa sallam, Beliau berkata “menyingkirlah kalian”
Ubaidillah berkata Ibnu Abbas selalu berkata “musibah yang sebenar-benar
musibah adalah penghalangan antara Rasulullah shalallahu ‘alaihi wa
sallam dan penulisan wasiat untuk mereka disebabkan keributan dan
perselisihan mereka” [Shahih Muslim no 1637]
Berikut pula adalah riwayat dari Sahih Bukhari:
ابن عباس رضي الله عنهما يقول يوم الخميس وما يوم الخميس، ثم بكى حتى بل
دمعه الحصى، قلت يا أبا عباس ما يوم الخميس؟ قال اشتد برسول الله صلى الله
عليه وسلم وجعه، فقال (ائتوني بكتف أكتب لكم كتابا لا تضلوا بعده أبدا).
فتنازعوا، ولا ينبغي عند نبي تنازع، فقالوا ما له أهجر استفهموه؟ فقال
(ذروني، فالذي أنا فيه خير مما تدعونني إليه)
Ibnu Abbas RA berkata “hari kamis, tahukah kamu ada apa hari kamis itu?.
Ibnu Abbas menangis hingga air matanya mengalir seperti butiran
kerikil. Kami berkata “hai Abul Abbas ada apa hari kamis?. Ia menjawab
“Hari itu sakit Rasulullah SAW semakin berat, kemudian Beliau SAW
bersabda “Berikan kepadaku kertas, aku akan menuliskan sesuatu untuk
kalian agar kalian tidak akan tersesat setelahnya selama-lamanya.
Kemudian mereka berselisih, padahal tidak sepantasnya terjadi
perselisihan di sisi Nabi. Mereka berkata “beliau sedang menggigau,
tanyakan kembali tentang ucapan beliau tersebut?. Namun Rasulullah SAW
bersabda “Tinggalkanlah aku. Sebab keadaanku lebih baik daripada apa
yang kalian ajak”[Shahih Bukhari no 2997]
Tanpa perlu membincangkan tentang tindakan Ibn Al Khattab, kerana ia
bukan tujuan penulisan ini, mari kita sama-sama tekankan terhadap apa
yang Rasulullah s.a.w.a tekankan, iaitu menulis sesuatu yang akan
menjaga umatnya dari kesesatan selepas kewafatan baginda.
Jadi, persoalannya:
Apakah yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a?
Apakah perkara yang akan menjauhkan umatnya dari kesesatan?
Banyak argumen Sunni dalam menafsirkan kejadian ini, bagi menidakkan
hujah Syiah bahawa yang ingin ditulis Nabi s.a.w.a itu Tsaqalain atau
perkara yang berkaitan dengan Imamah Ahlulbait a.s. Namun Syiah
sendiri, dari kalangan mereka yang mutakhir ini, majoriti dari mereka
sendiri tidak meyakini bahawa wasiat itu ditulis oleh Nabi s.a.w.a. Ini
turut menyumbang argumen kepada Sunni bagi menguatkan hujah mereka
bahawa Imamah bukanlah perkara yang ingin ditulis oleh Nabi s.a.w.a.
Namun benarkan wasiat ini kekal tidak tertulis? Para penentang
mengatakan: “Jika perkara yang ingin ditulis ini begitu penting, apa
yang menghalang Nabi s.a.w.a dari menulis wasiati ini setelah orang yang
menghalang mereka beredar?”
Jawabannya, tiada perkara yang menghalang Nabi s.a.w.a, kerana baginda
telah meminta penggantinya, Imam Ali a.s untuk mencatatkan wasiat
baginda. Ianya adalah seperti berikut:
Daripada Abi Abdillah Al Hussain bin Sufyan, daripada Ali bin Sinan Al
Musili, daripada Ali bin Al Hussain, daripada Muhammad bin Al Khalil,
daripada Jaafar bin Ahmad Al Masri, daripada bapa saudaranya Al Hassan
bin Ali, daripada bapanya, daripada Abi Abdillah Jaafar bin Muhammad,
daripada bapanya Al Baqir, daripada bapanya Ali Zainal Abidin, daripada
bapanya Al Hussain Al Syahid, daripada bapanya Amirul Mukminin Alaihis
salam telah berkata:
bersabda Rasulullah SAWA kepada Ali AS dimalam sebelum kewafatan
baginda: Wahai Abal Hassan (Ali a.s) bawakan lembaran tulis dan dakwat.
Maka Rasulullah SAWA telah menyebutkan wasiatnya untuk dicatatkan
sehinggalah ia sampai kepada noktah berikut, baginda SAWA bersabda:
Wahai Ali sesungguhnya akan ada selepasku duabelas orang Imam dan
selepas mereka duabelas orang Mahdi, engkau wahai Ali adalah yang
pertama di kalangan duabelas orang Imam tersebut, Allah menamakan engkau
di langitnya; Ali Al Murtadha, Amirul Mukminin, Siddiq Al Akbar, Faruq
Al A’zham, Al Makmun, dan Al Mahdi, tiada sesiapapun dibenarkan memakai
nama-nama ini. Wahai Ali, engkau adalah pemegang wasiatku ke atas
Ahlulbaytku ketika mereka masih hidup mahupun setelah mereka mati, dan
ke atas isteri-isteriku: barangsiapa yang engkau kekalkannya akan
bertemu denganku besok, barangsiapa yang engkau ceraikan maka aku
berlepas diri darinya, dan dia takkan dapat melihat aku dan aku tidak
melihatnya pada hari kiamat. Engkau adalah khalifah ku ke atas umatku
selepas aku, apabila maut menghampirimu, maka hendaklah diserahkannya
(khilafah) kepada anakku Al Hassan Al Birr Al Wusul. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anakku Al Hussain
yang syahid lagi cerdik dan dibunuh. Dan apabila maut menghampirinya,
maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya penghulu segala abid Ali.
Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada
anaknya Muhammad Al Baqir. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkan kepada anaknya Ja’afar Al Sadiq. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya Musa
Al-Kadhim. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya
kepada anaknya Ali Al Ridha. Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad Al Thiqah Al Taqiy. Dan
apabila maut menghampirinya, maka hendaklah diserahkannya kepada anaknya
Ali Al Nasih. Dan apabila maut menghampirinya, maka hendaklah
diserahkannya kepada anaknya Al Hassan Al Fadhil.
Dan apabila maut menghampirinya, maka
hendaklah diserahkannya kepada anaknya Muhammad yang terpelihara
daripada keluarga Muhammad alaihissalam. Maka itulah dua belas imam, dan
akan datang selepasnya dua belas Mahdi. Dan apabila maut
menghampirinya, maka hendaklah diserahkan kepada anaknya iaitu Muqarrab
yang pertama (sesetengah sumber menyebutkan Mahdi yang pertama). Baginya
tiga nama : nama seperti namaku dan nama bapaku, iaitu Abdullah (hamba
Allah) dan Ahmad. Dan namanya yang ketiga adalah Al Mahdi, dia adalah
yang pertama beriman (dengan zuhur Imam Mahdi a.s).
Sheikh Al Toosi menyebutkan riwayat wasiat ini di dalam kitabnya Al
Ghaibah ms 150 beserta himpunan riwayat bagi menguatkan bahawa Imamah
adalah untuk Ahlulbayt a.s. Kemudian Sheikh Al Toosi memperkuatkan lagi
riwayat ini dengan riwayat-riwayat wasiat yang lain di dalam kitab yang
sama pada ms 156. Ianya adalah himpunan riwayat yang digunapakai sebagai
dalil untuk menguatkan tuntutannya bahawa Imamah adalah di kalangan
Ahlulbayt a.s. Dia mengatakan bahawa riwayat ini adalah sahih kerana
Syiah Imamiyah meriwatkannya secara tawatur iaitu orang yang terkemudian
meriwayatkan dari orang terdahulu tanpa terputus. Jalan pentashihannya
adalah satu sepertimana terdapat di dalam kitab-kitab Imamiyah dan juga
melalui manuskrip-manuskrip Amirul Mukminin Ali a.s
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Ithbat Al-Huda, jilid 1, ms 549, hadis no. 376.
Sheikh Al Hurr Al Amili di dalam kitabnya Al Iqadh, ms 393.
Sheikh Hassan bin Sulaiman Al Hilli di dalam kitabnya Mukhtasar Al Bashair, ms 159.
Al Allamah Al Majlisi di dalam kitab Bihar Al Anwar, jilid 53, ms 147,
hadis no. 6 (secara ringkas), dan jilid 36, ms 81, hadis no. 81 (secara
terperinci tanpa rangkap “Apablia maut menghampirinya”)
Sheikh Abdullah Al Bahrani di dalam kitabnya Al ‘Awalim, jilis 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Ghayat Al-Maram, jilid 1, ms 370, hadis no. 59.
Sayyid Hashem Al Bahrani di dalam kitabnya Al insaf, ms 222.
Al Faydh Al Kashani di dalam ktabnya Nawadir Al Akhbar, ms 294.
Sheikh Mirza Al Noori di dalam kitabnya Al Najm Al Thaqib, jilid 2, ms 71.
Sayyid Muhammad Muhammad Sadiq Al Sadr menyebutkannya di dalam kitabnya Tarikh Ma Ba’da Dhuhur, ms 641.
Sheikh Al Miyanji di dalam kitabnya Makatib Al Rasul, jilid 2, ms 96.
Sheikh Al Kurani di dalam kitab Mukhtasar Mu’jam Ahadis Al Imam Al Mahdi.
Inilah satu-satunya wasiat Nabi s.a.w.a dgn tema “menjaga umatnya dari
kesesatan”. Tiada lagi wasiat Nabi selain dari wasiat ini. Maka atas
sebab itu, para penentang harus membawakan wasiat lain dengan tema yang
sama, selepas peristiwa Hari Khamis, jika mereka menolak hadis ini.
Hadis ini juga selari dengan hadis-hadis lain yang menunjukkan kepada
Imamah Ahlulbait a.s. Dan hadis-hadis lain perlu dibaca bersekali dengan
hadis ini, kerana tidak ada hadis lain dengan tema yang sama. Mustahil
Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat ketika mendekati kematiannya, kerana
ia bercanggahan dengan ayat Quran yang menekankan penulisan wasiat.
Oleh itu, seseorang yang mengagungkan Nabi sebagai contoh manusia
terbaik, yang sentiasa taat dan patuh pada perintah Allah, tidak
mempunyai pilihan lain melainkan menerima hadis wasiat ini.
Menarik untuk diperhatikan, umat Syiah,
terutamanya para ulama mereka, juga tidak menerima hadis wasiat ini.
Mereka beralasan bahawa Nabi s.a.w.a telah banyak kali menekankan Imamah
Ahlulbait a.s sehingga tidak perlu lagi baginda menulis wasiat selepas
peristiwa hari khamis. Ini jelas bertentangan dengan logik, dan
bertentangan dengan nas dari sumber mereka sendiri, yang menunjukkan
Nabi s.a.w.a menulis wasiat ini.
وروى العلاء، عن محمد بن مسلم قال أبو جعفر (عليه السلام): ” الوصية حق، وقد أوصى
رسول لله (صلى لله عليه وآله)، فينبغي للمسلم أن يوصي
Diriwayatkan dari Muhammad Bin Muslim yang mendengar dari Imam Abu
Jaafar a.s: “Wasiat adalah satu kewajiban, dan Rasulullah s.a.w.a juga
meninggalkan wasiat, menjadi kewajiban Muslim untuk melakukan perkara
yang sama.” Man La Yadhurruhu Al Faqih, Jilid 4.
Namun malang bagi mereka apabila mereka tetap mahu menolak hadis Wasiat
ini, walaupun tidak dapat mendatangkan ganti kepadanya, sedangkan dalam
teks mereka, ada menyebut bahawa Nabi s.a.w.a meninggalkan wasiat.
Mereka mengaku Syiah dan pengikut kepada Ahlulbait, namun mengambil
pendirian yang kontra dengan teks-teks para Imam Ahlulbait a.s
Ini berbeza dengan Sunni yang mempercayai tiada penulisan wasiat selepas
peristiwa hari Khamis. Dan mereka mempunyai dalil teks untuk menyokong
keyakinan ini. Bagaimana pun, dalil-dalil ini agak bercanggahan antara
satu sama lain.
حَدَّثَنَا خَلاَّدُ بْنُ يَحْيَى، حَدَّثَنَا مَالِكٌ، حَدَّثَنَا
طَلْحَةُ بْنُ مُصَرِّفٍ، قَالَ سَأَلْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ أَبِي
أَوْفَى ـ رضى الله عنهما ـ هَلْ كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم
أَوْصَى فَقَالَ لاَ. فَقُلْتُ كَيْفَ كُتِبَ عَلَى النَّاسِ
الْوَصِيَّةُ أَوْ أُمِرُوا بِالْوَصِيَّةِ قَالَ أَوْصَى بِكِتَابِ
اللَّهِ.
Telah bercerita kepada kami Khollad bin Yahya telah bercerita kepada
kami Malik, dia adalah putra Mighwal telah bercerita kepada kami Thalhah
bin Mushorrif berkata; Aku bertanya kepada ‘Abdullah bin Abi Aufaa
radliallahu ‘anhuma: “Apakah Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam pernah
berwasiat?” Dia menjawab: “Tidak”. Kemudian aku tanya lagi: “Lalu
bagaimana berwasiat itu diwajibkan kepada manusia atau mereka
diperintahkan supaya berwasiat?” Dia menjawab: “Beliau berwasiat dengan
Kitab Allah”.Sahih al-Bukhari 2740
Hadis di atas menunjukkan seorang tabiin bertanya kepada seorang
sahabat, dan mempersoalkan bagaimana Nabi s.a.w.a sendiri tidak
meninggalkan wasiat sedangkan ia diwajibkan. Namun jawaban yang diberi
oleh sahabat tersebut tidak logis dan tidak memperlihatkan kenyataan
sebenar akan mengapa Nabi s.a.w.a tidak meninggalkan wasiat. Seorang
Nabi pasti akan melakukan perkara yang disebutkan di dalam Quran.
Inilah sebabnya, telah tersebar di kalangan para sahabat dan para
tabiin, bahawa Nabi s.a.w.a telah berwasiat kepada Imam Ali a.s. Ini
direkodkan di dalam riwayat berikut:
حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ زُرَارَةَ، أَخْبَرَنَا إِسْمَاعِيلُ، عَنِ ابْنِ
عَوْنٍ، عَنْ إِبْرَاهِيمَ، عَنِ الأَسْوَدِ، قَالَ ذَكَرُوا عِنْدَ
عَائِشَةَ أَنَّ عَلِيًّا ـ رضى الله عنهما ـ كَانَ وَصِيًّا. فَقَالَتْ
مَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ وَقَدْ كُنْتُ مُسْنِدَتَهُ إِلَى صَدْرِي ـ أَوْ
قَالَتْ حَجْرِي ـ فَدَعَا بِالطَّسْتِ، فَلَقَدِ انْخَنَثَ فِي حَجْرِي،
فَمَا شَعَرْتُ أَنَّهُ قَدْ مَاتَ، فَمَتَى أَوْصَى إِلَيْهِ
Telah bercerita kepada kami ‘Amru bin Zurarah
telah mengabarkan kepada kami Isma’il dari Ibnu ‘Aun dari Ibrahim dari
Al Aswad berkata: “Orang-orang menyebutkan di hadapan ‘Aisyah bahwa ‘Ali
radliallahu ‘anhuma menerima wasiat (kekhalifahan) “. Maka dia
bertanya: “Kapan Beliau memberi wasiat itu kepadanya padahal aku adalah
orang yang selalu menyandarkan Beliau di dadaku” (saat menjelang wafat
Beliau). Atau dia berkata: “berada dalam pangkuanku”, dimana Beliau
meminta air dalam wadah (terbuat dari tembaga) hingga Beliau jatuh dalam
pangkuanku dan aku tidak sadar kalau Beliau sudah wafat. Jadi kapan
Beliau memberi wasiat kepadanya”. Sahih al-Bukhari 2741
Walaupun Ummul Mukminin Aisyah menafikannya, namun isu Imam Ali a.s
menerima wasiat dari Nabi s.a.w.a adalah satu isu yang sememangnya
menjadi buah mulut di kalangan masyarakat di era tersebut. Dan masakan
dahan bergoyang jika tiada angin? Apatah lagi dengan berbagai hadis Nabi
s.a.w.a yang meninggikan kedudukan Ahlulbait a.s dan Imam Ali a.s
dengan tema “melindungi umat dari kesesatan.”
Apabila seorang sahabat menafikan, wujud pula sahabat lain yang membenarkan penulisan wasiat selepas peristiwa hari Khamis.”
Dari Ibnu Abbas ra, dia berkata: Hari Kamis. Apakah hari Kamis itu??
Kemudian Ibnu Abbas menangis sehingga air matanya membasahi kerikil,
lalu dia berkata: Rasulullah saw sakit keras pada hari Kamis, lalu
beliau bersabda: Bawalah alat tulis kepadaku, aku catatkan buat kalian
suatu catatan yang sesudah itu kalian tidak akan tersesat selamanya.
Maka mereka bertengkar dan tidaklah seyogya disisi Nabi ada
pertengkaran: Mereka berkata: Rasulullah diam. Beliau bersabda:
Biarkanlah aku; sesuatu yang sedang aku lakukan (bersiap-siap menghadapi
wafat dll) adalah lebih baik daripada apa yang kalian ajakkan kepadaku.
Ketika wafat, beliau berwasiat dengan tiga hal, yaitu: Keluarkanlah
orang-orang musyrik dari jazirah Arab, berilah hadiah kepada tamu
(utusan) sepadan aku (Nabi) memberi hadiah kepada mereka. Dan aku lupa
terhadap yang ketiga.” Shahih Bukhari | No. 2911 | KITAB JIHAD DAN
PERJALANAN (PERANG)
Apakah perkara ketiga yang dilupai ini? Sudah tentu, perkara ketiga ini
adalah wasiat Nabi s.a.w.a dengan tema “melindungi umat dari kesesatan”.
Sudah tentu, perkara ketiga ini adalah berkaitan Imamah Ali a.s dan
Ahlulbait a.s, yang mana gandingannya dengan Al Quran akan melindungi
umat dari kesesatan.
InsyaAllah, sehingga ke tahap ini, kita telah mengetahui bahawa:
*Hanya Allah swt berhak melantik khalifah, dan kuasa ini tidak pernah di berikan di tangan manusia.
*Perlantikan khalifah tidak pernah terhenti dan berterusan selepas
pengutusan Muhammad s.a.w.a, kerana Allah swt tidak akan meninggalkan
manusia tanpa penunjuk.
*Ayat Al Quran menunjukkan wajib untuk menulis wasiat, dan amat bertentangan sama sekali jika Nabi s.a.w.a tidak menulis wasiat.
*Ibnu Abbas r.a menyatakan bahawa ketika saat kewafatan baginda, Nabi
s.a.w.a ingin menulis wasiat dengan tema “melindungi umat dari
kesesatan”. Namun niat baginda dihalang oleh ramai sahabat.
*Beberapa hadis lain menunjukkan adanya ura-ura dikalangan masyarakat
bahawa Imam Ali a.s menerima wasiat kekhalifahan dan Nabi mewasiatkan 3
perkara yang mana perkara ketiga tidak diketahui.
*Hanya terdapat satu sahaja hadis wasiat Nabi (s) yang selari dengan
tema melindungi umatnya dari kesesatan. Dapat diketahui dari hadis ini
bahawa selepas baginda, akan ada 12 Imam dan setelahnya akan ada 12
Mahdi.
*Hadis ini tidak dapat ditolak melainkan jika diganti dengan wasiat lain dengan tema yang serupa , yang mana tiada.
Jadi apa yang tinggal hanyalah untuk kita meneliti hadis-hadis lain yang
mempunyai sama makna dengan keinginan Nabi untuk melindungi umatnya
dari kesesatan, dan membuktikan bahawa hadis wasiat di atas mempunyai
makna yang mutawatir dari hadis-hadis lain. InsyaAllah.
Dan Allah lebih mengetahui.
Labels:
Ahmad Al Hassan,
Al-Yamani,
FENOMENA AKHIR ZAMAN,
GEMPAR,
IMAM MAHDI
Imam Ali Berselisih Dengan Abu Bakar Dalam Masalah Fadak
Posted on Juli 3, 2008 by secondprince
https://secondprince.files.wordpress.com/2008/07/f_deathnote43m_6e7c011.jpg
Ah maafkan kalau saya masih membahas ini. Sebenarnya sih saya jadi tertarik membahas ini setelah terprovokasi oleh seseorang membaca tulisan dari situs hakekat.com yang berujudul Imam Ali Bertaqlid Buta Kepada Abu Bakar As Shiddiq.
Tulisan yang dengan terpaksa saya katakan keliru besar. Bukannya mau
membela siapa-siapa, baik Syiah ataupun Sunni sebenarnya saya cuma mau
melakukan koreksi terhadap tulisan yang mendistorsi sejarah karena
terlalu nyata kebencian pada Syiah. Kalau menurut saya sih distorsi Ini
adalah Sejarah Versi Salafy Wahabi.
Awalnya sih berkesan mau membantah Syiah
dan membela Sunni tetapi sangat disayangkan sang penulis di situs itu
tidak mendasarkan penulisannya pada Metode yang valid. jadi bahkan
beliau malah membantah kabar shahih di sisi Sunni sendiri dengan dalih
membantah Syiah. Salah kaprah dong Mas, dan untuk Mas Penulis saya
katakan
Maaf tidak pantas anda mewakili nama Ahlus Sunnah jika anda tidak menghiraukan kabar yang Shahih dalam kitab hadis yang shahih. Jangan mengklaim sesuatu hanya berdasar pada prasangka dan dugaan semata. Ah yang terakhir maafkan jika ada kata-kata saya yang kurang berkenan.
Langsung saja ya, Mas penulis anda menuliskan
Bukannya ikut membela Fatimah -putri baginda Nabi SAW- Ali malah membela keputusan Abubakar yang dituduh syi’ah menzhalimi Fatimah, sebenarnya siapa yang zhalim? Abubakar yang melaksanakan wasiat Nabi SAW atau syi’ah yang menggugat imamnya yang maksum?
Masalah siapa yang zalim itu bukan urusan
saya, tetapi pernyataan anda bahwa Imam Ali membela keputusan Abu Bakar
jelas sekali tidak benar. Karena hadis yang shahih telah menjelaskan
sebaliknya. nanti saya tuliskan hadisnya Mas……..yang sabar ya
Kemudian Mas berkata
Sebuah pertanyaan penting, jika memang tanah Fadak itu adalah benar milik Fatimah, apakah kepemilikan itu gugur setelah Fatimah wafat? Tentunya tidak, artinya ahli waris dari Fatimah yaitu Ali, Hasan, Husein dan Ummi Kultsum tetap berhak mewarisi harta Fatimah. Begitu juga ahli waris Nabi bukan hanya Fatimah, melainkan juga Abbas pamannya.
Nah Mas saya acungkan jempol dengan anda, siiiip benar sekali Mas. Seandainya saja Mas tidak melanjutkan dengan kata-kata
Sejarah tidak pernah mencatat adanya upaya dari Abbas paman Nabi utnuk menuntut harta warisan seperti yang dilakukan oleh Fatimah. Selama ini syi’ah selalu melakukan black campaign terhadap Abubakar yang dituduh menghalangi Fatimah untuk mendapatkan warisannya.
Ah Mas sayang sekali, anda salah besar.
Sayyidina Abbas telah menuntut hal yang sama seperti yang dilakukan
Sayyidah Fatimah AS dalam masalah Fadak. Hal ini tercatat dengan jelas
dalam kitab Shahih Bukhari, berikut saya kutip hadis tersebut dari Kitab Mukhtasar Shahih Bukhari oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani jilid 3 hal 608 dengan no hadis 1345
terbitan Pustaka Azzam Cetakan pertama 2007 dengan penerjemah :Muhammad
Faisal dan Thahirin Suparta. Nah ini kitab Ringkasan Syaikh kita yang
Mulia Syaikh Al Albani
Dari Aisyah, Ummul Mukminah RA, ia berkata “Sesungguhnya Fatimah AS binti Rasulullah SAW meminta kepada Abu Bakar sesudah wafat Rasulullah SAW supaya membagikan kepadanya harta warisan bagiannya dari harta yang ditinggalkan Rasulullah SAW dari harta fa’i yang dianugerahkan oleh Allah kepada Beliau.[Dalam riwayat lain :kamu meminta harta Nabi SAW yang berada di Madinah dan Fadak dan yang tersisa dari seperlima Khaibar 4/120] Abu Bakar lalu berkata kepadanya, [Dalam riwayat lain :Sesungguhnya Fatimah dan Abbas datang kepada Abu Bakar meminta dibagikan warisan untuk mereka berdua apa yang ditinggalkan Rasulullah SAW, saat itu mereka berdua meminta dibagi tanah dari Fadak dan saham keduanya dari tanah (Khaibar) lalu pada keduanya berkata 7/3] Abu Bakar “Sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda “Harta Kami tidaklah diwarisi ,Harta yang kami tinggalkan adalah sedekah [Sesungguhnya keluarga Muhammad hanya makan dari harta ini, [maksudnya adalah harta Allah- Mereka tidak boleh menambah jatah makan] Abu Bakar berkata “Aku tidak akan biarkan satu urusan yang aku lihat Rasulullah SAW melakukannya kecuali aku akan melakukannya] Lalu Fatimah binti Rasulullah SAW marah kemudian ia senantiasa mendiamkan Abu Bakar [Ia tidak mau berbicara dengannya]. Pendiaman itu berlangsung hingga ia wafat dan ia hidup selama 6 bulan sesudah Rasulullah SAW. Ketika Fatimah meninggal dunia, suaminya Ali RA yang menguburkannya pada malam hari dan tidak memberitahukan kepada Abu Bakar. Kemudian Ia menshalatinya.
Subhanallah sungguh anda telah membuat kekeliruan yang besar dengan berkata Sejarah
tidak pernah mencatat adanya upaya dari Abbas paman Nabi utnuk menuntut
harta warisan seperti yang dilakukan oleh Fatimah. Shahih Bukhari ternyata luput dari pengamatan anda. Sangat disayangkan
Mari kita teruskan perkataan Mas
Tetapi alangkah terkejutnya ketika kita membaca riwayat-riwayat dari kitab Syi’ah sendiri yang memuat pernyataan para imam syi’ah -yang tidak pernah keliru- yang setuju dengan keputusan Abubakar. Seakan-akan para imam syi’ah begitu saja bertaklid buta pada Abubakar As Shiddiq.
Ah Mungkin Mas memang pintar kalau bicara
soal Syiah. Dalam hal ini saya cuma bilang abstain aja deh. Saya gak
yakin deh kalau Mas yang bilang. Masalahnya soal hadis Sunni sendiri Mas
bisa keliru apalagi soal hadis mahzab lain. Maaf Mas kalau saya
terpaksa meragukan anda. Afwan, afwan btw saya nggak terkejut lho
Ah Mas alangkah beraninya Mas berkata
Sampai hari ini syi’ah masih terus menangisi tragedi Fatimah yang dihalangi oleh Abubakar dari mengambil harta warisan, tapi ternyata Ali setuju dengan keputusan Abubakar. Apakah Ali setuju dengan keputusan Abubakar yang menyakiti Fatimah? Ataukah keputusan Abubakar adalah tepat karena didukung oleh pernyataan dari imam maksum? Karena Imam maksum tidak pernah salah.
Aduh Mas, lagi-lagi Mas keliru besar.
imam Ali justru berselisih dengan Abu Bakar dalam masalah ini. Apakah
ini juga bisa luput dari pandangan Mas. Ok lah saya kasih tahu, hal ini
saya dapatkan dari kitab Shahih Bukhari, berikut saya kutip hadis
tersebut yang merupakan lanjutan dari hadis sebelumnya yaitu dari Kitab Mukhtasar Shahih Bukhari oleh Syaikh Nashiruddin Al Albani jilid 3 hal 608 dengan no hadis 1345
terbitan Pustaka Azzam Cetakan pertama 2007 dengan penerjemah :Muhammad
Faisal dan Thahirin Suparta. Seperti yang saya katakan ini kitab
Ringkasan Syaikh kita yang Mulia Syaikh Al Albani
Dan Ali masih terkenang dengan kehidupan Fatimah daripada kebanyakan manusia. Dia tidak terlalu memperhatikan orang-orang hingga ia tidak langsung berdamai dengan Abu Bakar dan lantas berbaiat. Ia tidak berbaiat pada bulan itu. Kemudian Ali mengirim utusannya kepada Abu Bakar dan mengatakan “hendaklah engkau datang kemari tanpa seorangpun yang menyertaimu”. Hal ini karena ia tidak suka Umar ikut hadir. Umar berkata “Tidak Demi Allah Aku tidak akan menyertaimu”. Lalu Abu Bakar menemui mereka. Kemudian Ali berkata “Aku telah mengetahui keutamaan dan apa yang telah Allah berikan kepadamu dan aku tidak hasut terhadap anugerah yang Allah berikan kepadamu. Namun kamu mempunyai pemikiran tersendiri terhadap suatu masalah padahal kami melihat ada bagian bagi kami karena kekerabatan kami dengan Rasulullah SAW. Hal ini membuat air mata Abu Bakar berlinang dan ketika Abu Bakar berkata “Demi Dzat yang jiwaku dalam genggaman tanganNya, Kerabat Rasulullah SAW lebih aku sukai untuk terjalin dibanding kerabatku sendiri. Adapun pertentangan yang terjadi antara aku dan kalian karena harta ini tidak ada tujuan lain kecuali kebaikan, bagiku sungguh aku tidak akan melihat sesuatu yang Rasulullah SAW melakukannya kecuali aku melakukannya. Lalu Ali berkata “Setelah matahari condong adalah waktumu utnuk dibaiat”.
Sungguh jelas bagi saya tetapi entah bagi
anda wahai Mas Penulis, hadis diatas adalah bukti nyata bahwa sampai
sayyidah Fatimah AS wafat Imam Ali tetap berpendirian berbeda dengan Abu
Bakar RA. Pandangan Abu Bakar dinilai oleh Imam Ali sebagai pemikiran
tersendiri yang berbeda dengan pandangan yang diyakini oleh Imam Ali,
Sayyidah Fatimah AS, Sayyidina Abbas(kerabat Rasulullah SAW).
Sayang sekali saya justru tidak peduli dengan kata-kata anda
Salah seorang ulama syi’ah bernama Al Murtadho Alamul Huda –saudara kandung As Syarif Ar Radhiy, penyusun kitab Nahjul Balaghah- menyatakan: saat Ali menjabat khalifah, ada orang mengusulkan agar Ali mengambil kembali tanah fadak, lalu dia berkata: saya malu pada Allah untuk merubah apa yang diputuskan oleh Abubakar dan diteruskan oleh Umar. Bisa dilihat dalam kitab As Syafi hal 213.
Kitab As Syafi? ah apa pula itu saya
tidak pernah baca. Apakah anda membacanya wahai Mas Penulis. Kalau iya
tolong katakan pada saya apakah riwayat itu shahih. Anda
tidakmencantumkan sanadnya dan dengan sangat menyesal riwayat itu belum
bisa dipercaya jika belum ada sanadnya
Atau kata-kata anda yang cukup mengherankan saya
Ketika Abu Ja’far Muhammad bin Ali yang juga dijuluki Al Baqir -Imam Syi’ah yang kelima- saat ditanya oleh Katsir An Nawwal yang bertanya: semoga Allah menjadikan aku sebagai tebusanmu, apakah Abubakar dan Umar mengambil hak kalian? Tidak, demi Allah yang menurunkan Al Qur’an pada hambanya untuk menjadi peringatan bagi penjuru alam, mereka berdua tidak menzhalimi kami meskipun seberat biji sawi, Katsir bertanya lagi: semoga aku dijadikan tebusanmu, apakah aku harus mencintai mereka? Imam Al Baqir menjawab: iya, celakalah kamu, cintailah mereka di dunia dan akherat, dan apa yang terjadi padamu karena itu aalah menjadi tanggunganku.Bisa dilihat di Syarah Nahjul Balaghah jilid 4 hal 84.
Ah lagi-lagi anda tidakmencantumkan sanadnya Mas. Sangat disayangkan Mas, lagipula bukankah Kitab Nahjul Balaghah berisi
perkataan Imam Ali. Lalu mengapa anda bisa menukil perkataan Imam Baqir
dalam kitab yang memuat perkataan Imam Ali. Sungguh saya yang bodoh ini
tidak mengerti. Dan saya akan menghaturkan terimakasih jika Mas mau
sedikit meluangkan waktunya untuk memberi wejangan kepada saya.
Kemudian Mas terus membuang-buang waktu dengan menulis
Begitu juga Majlisi yang biasanya bersikap keras terhadap sahabat Nabi terpaksa mengatakan: ketika Abubakar melihat kemarahan Fatimah dia mengatakan: aku tidak mengingkari keutamaanmu dan kedekatanmu pada Rasulullah SAW, aku melarangmu mengambil tanah fadak hanya karena melaksanakan perintah Rasulullah, sungguh Allah menjadi saksi bahwa aku mendengar Rasulullah bersabda: kami para Nabi tidak mewarisi, kami hanya meninggalkan Al Qur’an, hikmah dan ilmu, aku memutuskan ini dengan kesepakatan kaum muslimin dan bukan keputusanku sendiri, jika kamu menginginkan harta maka ambillah hartaku sesukamu karena kamu adalah kesayangan ayahmu dan ibu yang baik bagi anak-anakmu, tidak ada yang bisa mengingkari keutamaanmu. Bisa dilihat dalam kitab Haqqul Yaqin, hal 201-202.
Wah saya yang polos ini baru tahu ada
kitab Haqqul Yaqin, ya iyalah bagaimana saya bisa tahu kalau kitab itu
adalah kitab Syiah. Tetapi lagi-lagi Mas tidak mencantumkan sanad
riwayat tersebut dan Mas juga tidak menyebutkan apakah riwayat itu benar
diakui shahih oleh Majlisi. Bukannya Mas sendiri yang bilang kalau kitab Syiah itu banyak hadis dhaifnya. Nah saya jadi ragu Mas jangan-jangan riwayat ini dhaif astaghfirullah saya berprasangka
Mari kita lanjutkan, dan saya juga mulai capek
Abubakar mengatakan pada Fatimah: kamu akan mendapat bagian seperti ayahmu, Rasulullah SAW mengambil dari Fadak untuk kehidupan sehari-hari, dan membagikan lainnya serta mengambil untuk bekal berjihad, aku akan berbuat seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW, Fatimah pun rela akan hal itu dan berjanji akan menerimanya.
Syarah Nahjul Balaghah, Ibnul Maitsam Al Bahrani jilid 5 hal 107, Cet. Teheran
Oooh rupanya Syarh Nahjul Balaghah Ibnul
Maitsam, ah tumben yang ini disebutkan cetakannya. baca sendiri kan.
Nah tolong kasih tahu saya riwayat itu shahih tidak. Masalahnya
lagi-lagi Mas tidak mencantumkan sanadnya
Sama seperti yang diriwayatkan oleh Ibnul Maitsam, Al Danbali dan Ibnu Abil Hadid:Bahwa Abubakar mengambil hasil Fadak dan menyerahkannya pada ahlul bait secukup kehidupan mereka, begitu juga Umar, Utsman dan Ali
.
Bisa dilihat di kitab Syarah Nahjul Balaghah karangan Ibnu Maitsam dan Ibnu Abil Hadid, juga Durah An Najafiyah hal 332.
Iden aja deh, males saya mengulang-ngulang kata-kata yang sama
Oh iya Mas kesimpulan Mas yang ini
Ternyata imam maksum mengakui keputusan Abubakar dalam amsalah fadak, walaupun demikian syi’ah tetap saja menangisi Fatimah yang konon dizhalimi oleh Abubakar. Tetapi yang aneh, imam Ali -yang konon maksum- bukannya ikut membantu Fatimah merebut harta miliknya tetapi malah menyetujui keputusan Abubakar.
Sudah jelas salah besar Mas. Justru dalam
kitab Shahih Bukhari yang saya baca telah membuktikan kekeliruan Mas.
Dan semua riwayat Syiah yang Mas katakan tidak ada artinya memangnya saya Syiah karena tidak ada sanadnya dan tidak jelas kedudukan hadisnya. Jadi terima yang shahih aja deh Mas
Begitu juga dengan kata-kata Mas
Keputusan Abubakar yang dianggap syi’ah sebagai keputusan yang keliru dan kezhaliman malah didukung oleh imam maksum. Berarti imam maksum ikut berperan serta menzhalimi Fatimah. Tetapi syi’ah tidak pernah marah pada imam maksum, yang dijadikan objek kemarahan hanyalah Abubakar.Abubakar benar dalam keputusannya, dengan bukti dukungan imam maksum atas keputusannya itu. Jika imam maksum melakukan kesalahan maka dia tidak maksum lagi.
Semuanya cuma asumsi semata dan yah
asumsi tidak bisa mengalahkan hadis yang shahih, benar tidak Mas? Begitu
yang telah diajarkan Syaikh-syaikh Kita Ahlul Hadis yang mulia
Akhir kata Mas Penulis
Tetapi -seperti biasanya- kenyataan ini ditutup rapat-rapat oleh syi’ah, sehingga barangkali anda hanya bisa menemukannya di situs ini. Syi’ah selalu menuduh Bani Umayah memalsukan sejarah, padahal syi’ah selalu mengikuti jejak mereka yang dituduh memalsu sejarah.
Saya tidak tahu apa bani Umayyah atau
Syiah yang memalsukan sejarah. Yang saya tahu Mas penulis sendiri telah
memalsukan sejarah dengan kata-kata Sejarah tidak pernah mencatat
adanya upaya dari Abbas paman Nabi utnuk menuntut harta warisan seperti
yang dilakukan oleh Fatimah. Bukankah nyata sekali pemalsuan sejarah yang Mas lakukan. Hadis Shahih Mas dustakan hanya karena Syiahphobia. Wassalam
Salam Damai
Catatan : saran saya buat Mas
Penulis, mari kita sama-sama belajar dan kalau mengutip riwayat Syiah
lebih baik cantumkan sanadnya dan sertakan pendapat Ulama Syiah yang
menshahihkan riwayat tersebut. Bukannya Mas sendiri yang bilang riwayat
Syiah banyak yang dhaif. Saya mau belajar dari Mas tapi saya mau
belajar yang shahih-shahih aja
Tidak ada komentar:
Posting Komentar