Anda Tahu Shalawat Badar?
 http://abisyakir.wordpress.com/2008/10/16/anda-tahu-shalawat-badar/
Kemarin dari Cirebon ke Bandung sempat dengar pengamen 
menyanyikan lagu “Shalawat Badar”. Nah, sekalian saja kita bahas disini 
secara ringkas. Anda pasti akan takjub kalau menyadari isi dari Shalawat
 Badar itu. Sungguh, isinya tidak sesederhana alunan nada orang-orang 
yang menyanyikannya.
Saya tidak ingat secara lengkap bait-bait Shawalat Badar. Hanya tahu 
dua bait pertama saja. Kalau ada yang tahu lengkapnya, boleh 
diisampaikan. Berikut sebagian isi Shalawat Badar:
Bait pertama:
Shalatullah salamullah… ‘Ala Thaha Rasulillah. 
Shalatullah salamullah… ‘Ala Yasin Habibillah. 
Bait kedua:
Tawassalna bi bismillah… Wa bil hadi Rasulillah.
Wa kulli mujahidil lilla… Bi Ahli Badri ya Allah.
Disebut Shalawat Badar, karena di ujung bait itu ada kalimat Bi Ahli Badri ya Allah.
Selanjutnya, mari kita pahami maknanya:
Shalatullah salamullah… (semoga sentausa dan selamat dari Allah).
‘Ala Taha Rasulillah… 
(kepada “Taha” yaitu Rasulullah. Anda tahu darimana kata “Taha”? Taha 
adalah dari awal Surat Taha. Jadi huruf Taha disana diterjemahkan 
sebagai Rasulullah).
‘Ala Yasin Habibillah… 
(kepada “Yasin” yaitu kekasih Allah, yaitu Rasulullah. Yasin juga 
diambil dari awal Surat Yasin, dan ia diterjemahkan sebagai Rasulullah).
Tawassalna bi bismillah… (kami bertawasul dengan kalimat bismillah)
Wa bil hadi Rasulillah… (dan kami bertawasul dengan “sang hadi” [sang petunjuk] yaitu Rasulullah)
Wa kulli mujahidil lillah… (dan kami bertawasul dengan setiap Mujahidin di jalan Allah)
Bi Ahli Badri ya Allah… (Mujahidin di jalan Allah, dari kalangan peserta perang Badar ya Allah).
Jadi isi “Shalawat Badar” ini tidak 
sesuai dengan akidah tauhid. Tidak ada yang mengatakan bahwa “Taha” atau
 “Yasin” itu adalah Rasulullah Saw. Meskipun di kalangan kaum Muslimin, 
ada yang memberi anaknya nama Taha atau Yasin.
Kemudian tawasul dengan Nabi, tawasul 
dengan Mujahidin di jalan Allah, dengan peserta perang Badar, semua itu 
juga tidak boleh. Jangan mengadakan perantara di antara hamba dengan 
Allah. Hal itu termasuk kemusyrikan yang dilarang.
Tawasul boleh dengan cara meminta doa 
dari orang shalih, meminta didoakan oleh Ummat Islam, atau tawasul 
dengan amal-amal shalih yang pernah dilakukan. Untuk hal terakhir itu 
pernah dilakukan oleh 3 orang musafir yang terjebak dalam gua, lalu bisa
 keluar setelah tawasul dengan amal-amal mereka.
Saya sarankan, jangan lagi dikembangkan 
Shalawat Badar itu. Ia keliru dan tidak akan membawa berkah. Malah 
khawatir, kita akan mengalami banyak kesulitan dengan menyebarkan 
hal-hal yang keliru itu. Wallahu a’lam bisshawaab.
@abisyakir
orang yang mengamalkan shalawat badar tidak pernah menyesatkan org yang yang melarangnya, namun sayang orang yang melarang shalawat badar menyesatkan orang yang mengamalkannya. Padahal shalawat adalah lantunan doa kepada Allah swt. yang tujuannya untuk memuliakan rasulullah SAW.
orang yang mengamalkan shalawat badar tidak pernah menyesatkan org yang yang melarangnya, namun sayang orang yang melarang shalawat badar menyesatkan orang yang mengamalkannya. Padahal shalawat adalah lantunan doa kepada Allah swt. yang tujuannya untuk memuliakan rasulullah SAW.
Sholawat Badar adalah rangkaian sholawat berisikan tawassul dengan 
nama Allah, dengan Junjungan Nabi s.a.w. serta para mujahidin 
teristimewanya para pejuang Badar. Sholawat ini adalah hasil karya Kiyai
 Ali Manshur, yang merupakan cucu Kiyai Haji Muhammad Shiddiq, Jember. 
Oleh itu, Kiyai ‘Ali Manshur adalah anak saudara/keponakan Kiyai Haji 
Ahmad Qusyairi, ulama besar dan pengarang kitab “”Tanwir al-Hija” yang 
telah disyarahkan oleh ulama terkemuka Haramain, Habib ‘Alawi bin ‘Abbas
 bin ‘Abdul ‘Aziz al-Maliki al-Hasani, dengan jodol “Inarat ad-Duja”.
Diceritakan bahawa karya ini ditulis oleh Kiyai ‘Ali Manshur sekitar 
tahun 1960, tatkala kegawatan umat Islam Indonesia menghadapi fitnah 
Partai Komunis Indonesia (PKI). Ketika itu, Kiyai ‘Ali adalah Kepala 
Kantor Departemen Agama Banyuwangi, juga menjadi Pengurus Cabang 
Nahdlatul Ulama di situ. Keadaan politik yang bercelaru saat itu dan 
kebejatan PKI yang bermaharajalela membunuh massa, bahkan ramai kiyai 
yang menjadi mangsa mereka, menyebabkan terlintas di hati Kiyai ‘Ali, 
yang memang mahir membuat syair ‘Arab sejak nyantri di Pesantren Lirboyo
 Kediri lagi, untuk menulis satu karangan sebagai sarana bermunajat 
memohon bantuan Allah s.w.t.
Dalam keadaan sedemikian, Kiyai ‘Ali tertidur dan dalam tidurnya 
beliau bermimpi didatangi manusia-manusia berjubah putih – hijau, dan 
malam yang sama juga, isteri beliau bermimpikan Kanjeng Nabi s.a.w. 
Setelah siang, Kiyai ‘Ali langsung pergi berjumpa dengan Habib Hadi 
al-Haddar Banyuwangi dan menceritakan kisah mimpinya tersebut. Habib 
Hadi menyatakan bahawa manusia-manusia berjubah tersebut adalah para 
ahli Badar. Mendengar penjelasan Habib yang mulia tersebut, Kiyai ‘Ali 
semakin bertekad untuk mengarang sebuah syair yang ada kaitan dengan 
para pejuang Badar tersebut. Lalu malamnya, Kiyai ‘Ali menjalankan 
penanya untuk menulis karya yang kemudiannya dikenali sebagai “Sholawat 
al-Badriyyah” atau “Sholawat Badar”.
Apa yang menghairankan ialah keesokan harinya, orang-orang kampung 
mendatangi rumah beliau dengan membawa beras dan lain-lain bahan 
makanan. Mereka menceritakan bahawa awal-awal pagi lagi mereka telah 
didatangi orang berjubah putih menyuruh mereka pergi ke rumah Kiyai ‘Ali
 untuk membantunya kerana satu kenduri akan diadakan di rumahnya. Itulah
 sebabnya mereka datang dengan membawa barangan tersebut menurut 
kemampuan masing-masing. Tambah pelik lagi apabila malamnya, hadir 
bersama untuk bekerja membuat persiapan kenduri orang-orang yang tidak 
dikenali siapa mereka.
Menjelang keesokan pagi, serombongan habaib yang diketuai oleh Habib 
‘Ali bin ‘Abdur Rahman al-Habsyi @ Habib ‘Ali Kwitang tiba-tiba datang 
ke rumah Kiyai ‘Ali. Tidak tergambar kegembiraan Kiyai ‘Ali menerima 
tetamu istimewanya tersebut. Setelah memulakan perbicaraan bertanyakan 
khabar, tiba-tiba Habib ‘Ali Kwitang bertanya mengenai syair yang 
ditulis oleh Kiyai ‘Ali tersebut. Tentu sahaja Kiyai ‘Ali terkejut 
kerana hasil karyanya itu hanya diketahuinya dirinya seorang dan belum 
dimaklumkan kepada sesiapa pun.
Tapi beliau mengetahui, ini adalah satu kekeramatan Habib ‘Ali yang 
terkenal sebagai waliyullah itu. Lalu tanpa lengah, Kiyai ‘Ali Manshur 
mengambil helaian kertas karangannya tersebut lalu membacanya di hadapan
 para hadirin dengan suaranya yang lantang dan merdu. Para hadirin dan 
habaib mendengarnya dengan khusyuk sambil menitiskan air mata kerana 
terharu. Setelah selesai dibacakan Sholawat Badar oleh Kiyai ‘Ali, Habib
 ‘Ali menyeru agar Sholawat Badar dijadikan sarana bermunajat dalam 
menghadapi fitnah PKI.
Maka sejak saat itu masyhurlah karya Kiyai ‘Ali tersebut. 
Selanjutnya, Habib ‘Ali Kwitang telah menjemput ramai ulama dan habaib 
ke Kwitang untuk satu pertemuan, antara yang dijemput ialah Kiyai ‘Ali 
Manshur bersama pamannya Kiyai Ahmad Qusyairi. Dalam pertemuan tersebut,
 Kiyai ‘Ali sekali lagi diminta untuk mengumandangkan Sholawat 
al-Badriyyah gubahannya itu. Maka bertambah masyhur dan tersebar luas 
Sholawat Badar ini dalam masyarakat serta menjadi bacaan popular dalam 
majlis-majlis ta’lim dan pertemuan. Moga Allah memberikan sebaik-baik 
ganjaran dan balasan buat pengarang Sholawat Badar serta para habaib 
tersebut….. al-Fatihah.
Allahu … Allah, inilah kisah bagaimana terhasilnya penulisan Sholawat
 Badar oleh Kiyai ‘Ali Manshur. Cerita ini telah ambo dengar daripada 
beberapa kerabat Kiyai Haji Ahmad Qusyairi di Kota Pasuruan. Juga ianya 
dimuatkan dalam buku “Antologi NU : Sejarah – Istilah – Amaliah – Uswah ”
 karangan H. Soeleiman Fadeli & Mohammad Subhan dengan kata 
pengantar Kiyai Haji ‘Abdul Muchith Muzadi.
Benar atau tidak, percaya atau tidak, itu tidak penting, apa yang 
nyata ialah Sholawat Badriyyah ini adalah karyanya Kiyai ‘Ali Manshur 
dan telah diterima serta diamalkan oleh para ulama dan habaib yang 
menjadi pegangan dan panutan kita. Maka sempena memperingati peristiwa 
Perang Badar al-Kubra, marilah kita bermunajat memohon keselamatan dunia
 akhirat dengan bertawassulkan Junjungan Nabi s.a.w. dan para pejuang 
Badar radhiyAllahu ‘anhum ajma’in.
Mudah2an kita tidak termasuk orang yg mudah menyesat-nyesatkan orang lain hanya karena pikiran sempit kita.
Wallahu a’lam bish showab
Prinsip tawassul itu diperbolehkan. Tdk ada tuntunan yg menetapkan tawassul yg ini boleh dan itu tidak. Tawassul itu tdk Syirik krn tetap memohonkan permohonan kepada Allah
BalasHapusyang syirik itu yang sudah meminta kepada selain Allah..
BalasHapusTawassul itu bukn mnta kpd selain Allah
BalasHapusHarus di bdekan dulu tavrifnya agar tdk ngaco dlm menghumki sesuatu
Tawassul itu bukn mnta kpd selain Allah, Harus di bdekan dulu ta'rifnya agar tidak ngaco dlm mnntukn hukum,
BalasHapusIngat hal yg halal jngn ko hramkn sebaliknya jg demikian